Hasrat saya untuk melihat perumahan rakyat diberi tumpuan dalam - TopicsExpress



          

Hasrat saya untuk melihat perumahan rakyat diberi tumpuan dalam bajet tidak kesampaian. Bajet 2014 memberi subsidi sebanyak 15-20 ribu kepada pemaju yang membina rumah kos rendah dan sederhana kepada pembeli kali pertama. Itu baik, tapi muncul pertanyaan? Mengapa tidak diberi terus subsidi tersebut kepada pembeli? Kedua, kenapa tidak ditetapkan dan dinyatakan harga ceiling dan kemudahan pinjaman kepada pembeli kali pertama ini? Saya mengharapkan kenyataan sebegini dalam pembentangan hari ini. Namun, hasrat saya tidak kesampaian. Begitupun, satu yang saya senang ialah cukai RPGT yang dikenakan ke atas penjual rumah, iaitu 30% bagi rumah yang berusia hingga 3 tahun, 20% untuk 4 tahun dan 15% untuk 5 tahun. Kenakan cukai ke atas kapitalis rumah ini supaya harga rumah dapat dikawal dan mereka yang belum memiliki rumah mampu memilikinya. Jangan jadi seperti saya, diusia 39 tahun baru mampu membeli rumah sendiri.
Posted on: Fri, 25 Oct 2013 13:14:04 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015