KESEPADUAN DAN KEUTUHAN PR SYARAT KEJAYAAN PRU K14 (30 Ogos 2013) - TopicsExpress



          

KESEPADUAN DAN KEUTUHAN PR SYARAT KEJAYAAN PRU K14 (30 Ogos 2013) Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) berharap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim merujuk sebarang keputusan untuk bertemu dengan kerajaan BN dengan Majlis Presiden Pakatan Rakyat sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dengannya. DPPM merujuk cadangan DS Anwar Ibrahim dalam perutusan sempena kemerdekaan beliau yang menyatakan kesediaan untuk bertemu dengan kerajaan bagi menyelesaikan masalah negara. DPPM menganggap baik cadangan DS Anwar Ibrahim untuk mengadakan perbincangan mengenai isu-isu besar perlu melibatkan kerajaan dan pemimpin PR agar kemelut negara dapat ditangani dan diselesaikan secara bersama. Kerajaan dan pembangkang sebaiknya duduk semeja dengan tidak mempolitikkan sesuatu isu supaya rakyat dan negara mendapat manfaatnya. Tanggungjawab membina negara adalah amanah yang perlu dipikul bersama dan setiap pemimpin perlu merasa prihatin terhadap pergolakan negara dengan memberikan respons atau sebarang kerjasama. Namun begitu, DPPM merasa musykil mengapa DS Anwar begitu beriya-iya mengajak kerajaan berbincang sedangkan sebelum ini begitu teruk Presiden PAS dan pimpinan PAS yang lain dihentam ketika cadangan mengajak kerajaan BN mengadakan perbincangan. Dalam hal ini, DPPM sekadar mengingatkan DS Anwar agar berhati-hati dalam permainan politik musuh. Apa yang dibimbangkan adalah beliau terperangkap dengan politik individu atau segolongan mereka yang berkepentingan. Apa yang diharapkan Majlis Presiden PR serta pimpinan PR meneliti cadangan beliau serta mendokong usaha kerjasama dan perbincangan itu nanti. Kesepakatan dan kesepaduan dalam PR yang utuh memberikan suatu keyakinan kepada rakyat bahawa PR layak dan mampu memerintah negara dalam PRU ke 14. DR RAJA AHMD AL HISS Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Posted on: Tue, 03 Sep 2013 21:11:45 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015