KUALA LUMPUR, 29 JUN – Masa bersilih ganti, yang lama berganti - TopicsExpress



          

KUALA LUMPUR, 29 JUN – Masa bersilih ganti, yang lama berganti baru, namun keutamaan tugas dan tanggungjawab yang digalas tetap disemat zaman-berzaman biarpun dibadai cabaran baru teknologi dan persepsi. Jasa dan pengorbanan ‘muka-muka’ lama inilah yang menjadi tunjang kepada teguhnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai paksi pasukan keselamatan yang sedia ada di negara ini pada masa kini. Melalui pengalaman merekalah, titik-titik kejayaan dan kepercayaan masyarakat kepada PDRM mula tersemai dan diteruskan biarpun berganti legasi tonggak pucuk pimpinan. Sehubungan itu, bagi mengaspresiasikan golongan-golongan ini, RESPA (Persatuan Pesara-pesara Pegawai Kanan PDRM) telah ditubuhkan dan pada hari ini, telah diadakan Mesyuarat Agung Tahunan RESPA yang ke- 29 bertempat di di Kelab Golf Titiwangsa Kuala Lumpur. Majlis ini menyaksikan penyampaian anugerah ‘Jasamu Dikenang’ kepada Pesara-pesara Pegawai Kanan PDRM yang disampaikan oleh Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM bagi mewakili Ketua Polis Negara. Majlis ini turut menyaksikan upacara penyampaian cenderahati kepada Ketua Polis Negara daripada Datuk Mohd. Nawawi bin Ismail, Timbalan Presiden RESPA.
Posted on: Mon, 01 Jul 2013 18:25:34 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015