Kali pertama saya melangkah masuk ke Old Trafford tahun lepas, apa - TopicsExpress



          

Kali pertama saya melangkah masuk ke Old Trafford tahun lepas, apa yang melintas dalam fikiran saya ketika itu adalah TRW bawah pengurusan Tan Sri Annuar Musa, saya yakin mampu untuk jadi begitu. Bukanlah bermakna Kelantan akan jadi sekuat Manchester United dalam masa terdekat tetapi dari aspek kemahsyuran, commercialization dan segala yang diperlukan oleh sebuah jenama bola sepak sebagai satu entiti dalam industri yang berpotensi untuk dikembangkan. Itulah yang saya fikir. Sokongan dan juga kebijaksanaan dalam merancang, kemampuan untuk meraih populariti, itu yang membuat saya yakin melihat pada TRW. Hari ini, TRW terus berjaya. Bola sepak bukan hanya pada sebuah pasukan tetapi jenama. Dengan itu, kiat dapat lihat bagaimana pasukan itu mampu untuk berjaya. Selain TRW, dan sekarang JDT, pasukan mana lagi yg mampu pergi sejauh itu? Yang banyak masih bergelut untuk membayar tunggakan gaji pemain. Hari ini Pahang membuktikan Tok Gajah juga sebuah pasukan yang hebat walaupun tidak sekomersil Kelantan. Untuk mensustain keupayaannya, Pahang juga perlu merancang sebagaimana Kelantan setelah anda memiliki pasukan yang kuat musim ini. Sokongan sudah pasti akan semakin kuat, dan inilah masanya untuk dijenamakan Tok Gajah sebaik-baiknya. Kelantan akan kekal di persada, JDT akan bangkit menyaingi musim depan dan Tok Gajah, kalau mahu kekal di kemuncak, perlu perkemaskan langkah!
Posted on: Sun, 03 Nov 2013 15:42:59 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015