"Kenapa mama bagi tahu ayah fasal Afif nampak 2 entiti di dalam - TopicsExpress



          

"Kenapa mama bagi tahu ayah fasal Afif nampak 2 entiti di dalam tandas di hospital? Itu bukan kali pertama Afifi nampak. Cuma Afif tidak kecoh macam adik. Dia kalau nampak, heboh," ujar anak saya. Tatkala status ini saya tulis, Afif tidur nyenyak, Alhamdulillah. Mama dia bimbang sebab PMR hanya tinggal 2 hari sahaja lagi. Apapun saya bersyukur mempunyai anak berjiwa tenang sebegitu. Teringat apabila dia menelefon saya setelah mendapat keputusan UPSR dahulu. "Ayah ...," katanya. "Ayah tahu Afif dapat 5A," respon saya. "Macam mana ayah boleh tahu?," dia terkejut. Jawaban check mate saya kemukakan. "Sebab saya AYAH dan awak ANAK. Gerak hati ayah, anak tidak miliki," balas saya selamba. Afif teringin benar untuk memasuki Royal Military College, RMC. Dia ingin menjadi Leftenan Muda. Ayah tidak berpangkat tetapi ayah amat berbangga menjadi wartawan. Hasil karya mampu dikongsikan dengan mereka yang sudi.
Posted on: Sun, 29 Sep 2013 18:04:21 +0000

Trending Topics



0px;">
সুবর্ণলতা, রাগ করো না
Important to remember that a LOT could change between now and
Womens Fleece Helmet / Hat (One Size Fits Most) Black Friday and

Recently Viewed Topics




© 2015