Khasiat Avocado - TopicsExpress



          

Khasiat Avocado Antara khasiat buah ini ia boleh mengekalkan jantung yang sihat kerana ia mengandungi vitamin B6 dan asid folik yang dapat membantu mengekalkan tahap homosistein. Tahap homosistein yang tinggi boleh mengakibatkan risiko penyakit jantung. Mengandungi tinggi lemak mono tidak tepu yang baik juga untuk jantung. Avokado juga kaya dengan sebatian beta-sitosterol yang berkesan untuk menurunkan kandungan kolesterol dalam darah. Kandungan potasium yang tinggi dalam avokado dapat mengawal tekanan darah tinggi. Avokado boleh mencegah kanser contohnya asid oleik dalam buah ini dapat mencegah kanser payu dara. Selain itu buah ini mengandungi tinggi antioksida yang dapat melambatkan penuaan. Kepada mereka yang obses menjaga kecantikan, buah ini sangat sesuai untuk menjadikan kulit anda halus mulus dan rambut lebat. Amalkan makan selalu dan sapukan saja avokado yang dilenyek pada rambut. Biarkan selama sejam dan bilas. Buah ini mudah menjadi lebam, sebaiknya ia terus dimakan selepas dipotong atau perahkan dengan jus lemon untuk mengelakkannya menjadi lebam.
Posted on: Sat, 24 Aug 2013 04:02:55 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015