Kisah Imam Hanbali.. Masih ingatkah lagi anda kepada debat - TopicsExpress



          

Kisah Imam Hanbali.. Masih ingatkah lagi anda kepada debat perdana antara Imam Hanbali dengan seorang ateis bernama Qazim. Pada hari tersebut, Imam Hanbali telah terlewat datang ke Majlis Debat Perdana itu. Keadaan itu berlaku kerana Ahmad Bin Abi Daud menemui Imam Hanbali mengatakan Khalifah Al Makmun menyuruhnya datang pada pukul 10 pagi padahal majlis itu bermula pada pukul 8pagi. Tujuannya supaya Imam Hanbali dipersalahkan dan diisytiharkan kalah kerana datang lambat. Perdebatan pun bermula.. “ Hei Imam Hanbali. Adakah kau bersetuju kalau aku mengatakan alam ini terjadi dengan sendiri? Dan Tuhan tidak ada? “ Tanya Qazim. “ Aku tidak setuju kerana alam ini dijadikan Allah. Dia yang maha berkuasaa.” Jawab Imam Hanbali. “Apa hujah kamu?” Tanya Qazim lagi. “ Baiklah aku akan menjawabnya. Tetapi sebelum itu aku hendak beritahu kamu kenapa aku terlambat datang ke sini,” jawab Imam Hanbali. “ Aku terlamabat sampai kerana rumahku terletak di seberang Sungai Furat. Ketika hendak menyeberang sungai itu aku dapati sampanku sudah hilang. Sedang aku menunggu sampan orang lain, tiba-tiba hanyut sekeping papan lalu papan itu berhenti di depanku. Kemudian hanyut sekeping papan lagi lalu bercantum dengan papan yang mula-mula sampai. Semakin lama semakin banyak papan yang hanyut lalu papan itu bercantum dengan sendirinya hingga menjadi sebuah perahu. Dengan itu baru aku dapat datang ke sini,” Kata Imam Hanbali. “ hei Imam Hanbali, kamu memang seorang penipu. Mustahil papan itu boleh bercantum sendiri sehingga menjadi sebuah perahu?” kata Qazim dengan rasa marah kerana menyangka dipermainkan. “ jika sebuah sampan tidak boleh terjadi dengan sendiri apatah lagi alam yang sebegini luas dan indah. Mustahil terjadi sendiri,” tempelak Imam Hanbali Qazim terdiam kerana tidak tahu bagaimana untuk membalasnya. Inilah sedutan kisah Imam Hanbali, insan yang menjadi penegak kebenaran.. Peace !!! :-)
Posted on: Wed, 26 Jun 2013 22:05:40 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015