Kronologi Pendidikan Negara. ERA PERTAMA: Sebelum Kedatangan - TopicsExpress



          

Kronologi Pendidikan Negara. ERA PERTAMA: Sebelum Kedatangan British *Pendidikan Agama: -Pengajian al-Quran oleh guru al-Quran. -Disampaikan oleh mereka berketurunan Sayyid. -Guru agama - Imam di masjid atau surau di kampung. -Pelajaran - Pengiraan, menulis jawi, Tajwid al-Quranul Karim, Fardhu Ain, Rukun Islam dan Rukun Iman. -Tiga pelajaran sehari (satu jam setiap pelajaran). *Sebelah pagi (selepas sembahyang subuh); selepas sembahyang zuhur; sebelah petang (sehingga masuk waktu asar). *Tiada bayaran. Pelajar membantu kerjaguru mereka, (bersihkan tempat belajar, mencari kayu api, mengerjakan sawah) di antara waktu senggang pembelajaran. *Proses pengajaran pembelajaran: -Ulangi perkataan Arab di awal dan akhir bacaan al-Quran. -Membaca al-Quran dan menjadi imam. *Sekolah agama awal (sekolah pondok) -di Terengganu dan Kelantan(abad ke-18); Kedah, Perak, Pulau Pinang - (penghujung abad ke-19). *Pendidikan tidak formal - belajar daripada ibu bapa mereka yang lebih tua. -Kemahiran membuat dan membaiki alatan pertanian; kemahiran pertukangan; kemahiran seni silat dan suga sihir. *Pendidikan Istana - Pendidikan Islam di istana, dipelajari sultan dan kerabat diraja. -Pelajaran: >Terjemahan buku bahasa Arab - bahasa Melayu (menggunakan tulisan jawi). >Bahasa Arab. >Bahasa pengantar-bahasa Melayu. *Penglipur Lara - Penyampaian scerita-cerita rakyat oleh tukang cerita (Tuk Selampit, Awang Batil, Tukang Karut dan Pawang Ana). -Bentuk lisan. -Cerita lagenda dan dongeng: Penyerapan nilai murni kepada pendengarnya. ERA KEDUA: Kedatangan British. *Tiada campurtangan British. (terpaksa dibiayai orang perseorangan dan organisasi Islam orang Melayu). *Dikenali sebagai madrasah - ilmu Keduniaan (Fardhu Kifayah) dan ilmu keakhiratan (Fardhu Ain). *Madrasah: -Sekolah agama moden. -Lebih kemas dan teratur. -Tekanan ajaranpara reformis dari Asia Barat aatau kaum muda. -Sukatan pelajaran: Pelajaran Agama Islam, Latihan Vokasional (Perdagangan dan Pengiraan). -Taraf pendidikan lebih tinggi (Madrasah al-Masyhur, Pulau Pinang dan Madrasah di Kota Bharu. -Dari Madrasah ke universiti di Timur Tengah (Al-Azhar, Mesir, dan Masjidil Haram, Mekah). *Sekolah pondok: Sekolah agama tradisional orang Melayu. -Diperbaharui dengan mendirikan asrama atau pondok pengajian (hampir dengan rumah tok guru). -Pelajaran: Fardhu Ain, seperti Pengajian al-Quran, al-hadith, tasawuf, fiqah, tauhid, bahasa Arab, tulisan Jawi dan seni khat, dan doa harian. -Mendidik sahsiah pelajar - seorang yang berdisiplin, mengamal nilai murni dan taat beragama. *Sekolah Vernakular: -Mengikut pecahan kaum di Tanah Melayu (Melayu, Cina, India dan Inggeris); (Dasar Pecah dan Perintah). -Menggunakan bahasa ibunda masing-masing dalam proses pengajaran - pembelajaran. -Berterusan sehingga era selepas kemerdekaan. *Laporan Pendidikan -Laporan Pendidikan di peringkat awal seperti: >Laporan Cheeseman - membina semula sistem pendidikan (selepas Perang Dunia kedua). >Laporan Barnes (1949) - menyatukan semua sekolah vernakular. >Laporan fenn-Wu (1951) - menggubal semula sistem pendidikan sekolah Cina di Tanah Melayu. >Ordinan Pelajaran (1952) - Langkah awal penubuhan sekolah bercorak. ERA KETIGA: Selepas Kemerdekaan. *Laporan Pendidikan -Laporan pendidikan yang dirangka untuk menggubal sistem pendidikan bersepadu; (a) Laporan atau Penyata Razak (1956). -Bertujuan untuk mewujudkan sistem pelajaran yang sama bagi semua kaum. -Diketuai Allahyarham Tunku Abdul Razak. (b) Penyata Rahman Talib (1959) -Untuk kajian semula cadangan dalam Penyata Razak. -Cadangkan pendidikan percuma kepada semua pelajar sekolah. *Kedua-dua penyata tersebut menjadi asas sistem pendidikan di Malaysia pada hari ini.
Posted on: Mon, 05 Aug 2013 07:27:41 +0000

Trending Topics




© 2015