LAGI......Perompak gagal larikan mesin ATM di Jeram SHAH ALAM 17 - TopicsExpress



          

LAGI......Perompak gagal larikan mesin ATM di Jeram SHAH ALAM 17 Jun - Polis hari ini mengesahkan terdapat cubaan untuk memecah sebuah mesin ATM di cawangan Agro Bank di Taman Sungai Yu pekan Sungai Buloh, Jeram, Kuala Selangor awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supritendan Mohd. Taib Ahmad ketika dihubungi berkata, kejadian dipercayai berlaku selepas pukul 1.30 pagi kerana semasa rondaan dibuat oleh anggotanya pada waktu itu (1.30 pagi) tiada tanda pecah masuk di cawangan bank itu. Bagaimanapun, beliau berkata, polis mendapat maklumat mengenai kejadian itu hasil daripada maklumat seorang pelanggan bank yang ingin mengeluarkan wangnya dari mesin ATM bank itu pada pukul 7.48 pagi ini.
Posted on: Mon, 17 Jun 2013 08:59:20 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015