Lantik duta ke OIC tangani Comango KUALA LUMPUR 18 Nov. - - TopicsExpress



          

Lantik duta ke OIC tangani Comango KUALA LUMPUR 18 Nov. - Kerajaan disaran mewujudkan Duta Khas ke Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) sebagai langkah jangka panjang memerangi tuntutan Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) yang disifatkan berbahaya kepada agama Islam dan negara. Saranan tersebut dikemukakan Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPro) selepas mengambil kira maklum balas ketika berdepan Comango dalam sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) di Geneva, Switzerland, baru-baru ini. Ketua Delegasi (MuslimUPro), Azril Mohd. Amin berkata, Malaysia memerlukan Duta Khas ke OIC bagi memastikan usaha berterusan Comango antaranya untuk mendapat kebebasan murtad melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dapat ditangani secara konkrit. Setakat ini berkat sokongan, doa dan strategi semua pihak, baik kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti MuslimUPro, kita dapat mematahkan tuntutan Comango, tetapi usaha mereka tidak terhenti begitu saja. Jadi kita memerlukan pendekatan konkrit. Salah satu cadangan yang kami lihat dapat membantu Malaysia secara jangka panjang ialah mewujudkan jawatan Duta Khas ke OIC. Malaysia bukan sahaja perlu memerangi tuntutan Comango tetapi perlu mengetuai perkara ini di peringkat OIC, katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Terdahulu, Azril menyertai sesi taklimat pasca UPR anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini hari ini yang turut dihadiri Pengerusi Yayasan Nassar, Nasharudin Mat Isa dan Yang Dipertua Yadim, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki. Dalam sesi taklimat itu, Nasharudin turut menyarankan supaya jawatan Duta Khas ke OIC tersebut diwujudkan. Utusan.
Posted on: Mon, 18 Nov 2013 22:45:29 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015