Lazimnya orang melihat kesusahan itu adalah ujian Allah, Namun - TopicsExpress



          

Lazimnya orang melihat kesusahan itu adalah ujian Allah, Namun sebahagian dari kita terlupa kesenangan juga adalah ujian yg lagi rumit. Lebih teruk lagi apabila menyangka semua kekayaan adalah hak mutlak mereka, padahal ia cuma lah pinjaman sementara yg mana setiap entiti kecil sekalipun perlu dijawab dari mana ia datang dan kemana ia dibelanjakan. Apabila terperangkap di dalam ujian kesenangan, menyangka kekayaan adalah hak mutlak mereka, kononnya pemberian Allah kepada mereka semata, timbullah pula kecintaan kepada harta hak milik mereka. Bila timbul cinta kepada harta maka penyakit seterusnya akan datang iaitu cinta kepada dunia...kerana kononnya "dunia ini ana yang punya". Masing2 mengkayakan diri dan kroni. Apabila cinta kepada dunia mula bertapak, maka rasa bahwa harta itu bersifat pinjaman mula lah hilang. Hilanglah rasa bahawa harta milikan yg diberi pinjam itu harus dikongsi. Maka bertambah2 lah sayang untuk diberikan kepada orang. Jadi lah nilai RM 50 sungguh besar untuk di sedekah dan hadiah, tetapi RM 5000 sungguh kecil untuk aktiviti sosial. Cinta...cinta... cinta..... renungan sejenak....
Posted on: Sat, 29 Jun 2013 18:09:25 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015