MASALAH SEMBELIT Banyak orang yang belum menyedari bahaya - TopicsExpress



          

MASALAH SEMBELIT Banyak orang yang belum menyedari bahaya sembelit atau sukar buang air besar (BAB). Banyak yang menganggap sembelit hanya masalah saluran cerna yang tidak membahayakan. Padahal jika Anda mengalami sembelit yang berpanjangan, hal ini boleh menjadi gejala penyakit yang berat seperti kanser di saluran pencernaan Sembelit merupakan keadaan di mana waktu transit makanan dalam usus berlangsung lebih dari 72 jam. Gejala awal sembelit yang harus diwaspadai adalah jika frekuensi BAB kurang dari 3 kali dalam seminggu, atau kesulitan BAB akibat najis yang keras. Gejala tersebut boleh diiringi dengan gejala lain seperti kembung, perut terasa penuh, kurang nafsu makan, dan pengeluaran najis terasa lambat. Hal ini terjadi akibat perubahan pola BAB, kebiasaan makan makanan yang tidak sihat, kurang makan serat, kurang olahraga, kebiasaan menangguh BAB, kehamilan, gangguan psikologi dan stress berlebihan Salah satu bahaya sembelit berpanjangan adalah perdarahan melalui anus. Jika sukar BAB dan najis terlalu keras, selalunya penderita sembelit meneran dengan kuat. Salah satu akibatnya adalah bahagian bawah kolon keluar dari anus, lalu terjadi koyakan pada anus, perdarahan buasir, penumpukan najis pada rektum, dan infeksi saluran kencing. Sembelit juga boleh dikesan dengan adanya kelainan atau masalah saluran pencernaan, seperti radang usus besar, usus besar tersumbat kerana ada tumor, atau penyakit Hirschprung yang merupakan gangguan saraf di usus besar sehingga usus tidak boleh melakukan gerakan peristaltik sehingga sulit BAB. Jika Anda sembelit yang disertai dengan penurunan berat badan mendadak, boleh jadi ia merupakan gejala tumor atau kanser di saluran pencernaan, sehingga perlu segera mendapatkan rawatan doktor. Untuk mencegah dan mengatasi bahaya sembelit, terapkan pola makan yang teratur, sihat dan seimbang. Ini akan membantu melancarkan metabolisma badan. Perbanyak minum air putih minimum 2 liter sehari, untuk membantu proses pencernaan makanan. Lakukan kegiatan fizikal dan olahraga secara teratur untuk melancarkan metabolisma badan. Perbanyak mengambili serat dari sayuran, buah-buahan dan kekacang, untuk merangsang gerakan peristaltik usus secara optimum.
Posted on: Fri, 23 Aug 2013 04:26:05 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015