MENYUMBANG KEPADA YANG AMAT MEMERLUKAN, MOGA REZEKI BERTAMBAH - TopicsExpress



          

MENYUMBANG KEPADA YANG AMAT MEMERLUKAN, MOGA REZEKI BERTAMBAH BARAKAH DISISI ALLAH. Kepada Semua para dermawan Yang Berbahgia/Dato’/Datin/Tuan/Puan, MENYUMBANG KEPADA PALESTIN, SYRIA DAN ROHINGYA MELALUI MAJLIS MAKAN MALAM AMAL - ROSE2ROSE CHARITY DINNER Sukacita kami memaklumkan bahawa Aqsa Syarif Berhad melalui Sekretariat Rose2Rose, InsyaaAllah buat kali ke duanya akan menganjurkan Majlis Makan Malam Amal Rose2Rose 2013 seperti butiran berikut:- Tarikh : 7 Disember 2013 (Sabtu) Masa : 8:00 malam - 11:00 malam Tempat: Grand Ballroom, Menara FELDA, Platinum Park, No 11 Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur 2. Alhamdulillah pada majlis R2RCD 2012 yang lalu, kami telah berjaya mencapai sasaran RM500,000.00, dan telah digunakan untuk menubuhkan dua buah Pusat Komuniti Wanita Palestin di Gaza bagi membantu kumpulan wanita terpinggir akibat peperangan. 3. InsyaaAllah R2RCD 2013 tahun ini, kami ingin mensasarkan kutipan sebanyak RM1.5 juta bagi membantu wanita-wanita dan kanak-kanak Syria, Palestin dan Rohingya yang menderita akibat peperangan dan penindasan. Sumbangan tersebut akan disalurkan melalui rakan-rakan NGO kami di Syria, Palestin dan Rohingya. 4. Pihak kami ingin menjemput tuan/ puan menghadirkan diri dan atau menyumbang ke R2RCD 2013. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai program ini, sila hubungi kami di talian 03-8733 4636/ 013-744 4760 atau email ke [email protected]. Sekian, wassalam. Memperkasa Ummah, Membebaskan Al-Aqsa Yang diamanahkan, DR. FAUZIAH MOHD HASAN Penasihat Projek Rose2Rose 2013 Tarikh : 19 November 2013 Nota Tambahan : Majlis Makan Malam R2R akan diserikan oleh persembahan artis dan talk show oleh Dr Azzam Tamimi, a prominent Middle East political analyst based in London. en.wikipedia.org/wiki/Azzam_Tamimi Dr Azzam Tamimi - Malaysia Tour 2013
Posted on: Tue, 19 Nov 2013 17:04:47 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015