MESIR: PERJUANGAN YANG TIADA KESUDAHAN DI BUMI ANBIAK إقتل - TopicsExpress



          

MESIR: PERJUANGAN YANG TIADA KESUDAHAN DI BUMI ANBIAK إقتل فينا كمان و كمان... إشرب من دمنا ألوان Bunuhlah kami lagi dan lagi ** Minumlah darah kami yang berwarna-warni خلي بحور الدم طوفان ... إحشد في التحرير صلبان Biarkan lautan darah menjadi taufan ** Berkumpullah di Tahrir beramai-ramai و إمنع صوت الحق يبان... م انت جبان . أيوه جبان Halanglah suara kebenaran dari menyinar ** Kerana kau pengecut, ya, pengecut! إقتل فينا و برد نارك... و إكدب علي أهلنا يا مرارك Kau fikir dengan membunuh kami bakal menyejukkan nerakamu ** Dan dustakan khabar (kematianku) pada keluarga kami إنشر في الإعلام أفكارك ... قول علي كل الشعب إختارك Sebarkanlah pada media ideologi-ideologimu ** Katakan pada semua, bahawa rakyat memilihmu إقتل أهلك و إقتل جارك ... إقتل فينا زي مبارك Bunuhlah keluargamu dan jiran-jiranmu ** Bunuhlah kami seperti yang dilakukan Mubarak إبعتلنا طيران يرعبنا ... وإحدف لنا بيانات . هددنا Hantarkanlah pesawat untuk menakut-nakutkan kami ** Ugutlah kami dengan surat-surat layang قول إننا مش شهدا إن متنا ... و إن عشنا راح تقطع إيدنا Katakan kami bukan syahid andai kami mati ** Dan andai kami hidup engkau akan pedajalkan kami قول إنك جاي لجل تبيدنا ... خرفان و ه تدبحنا في عيدنا Katakanlah kau datang untuk memijak kami ** Kamilah kambing yang bakal kau sembelih di hari raya nanti خون فينا و قول إرهاب .. .شكك فينا أصحاب و أحباب Khianatilah kami dan gelarlah kami pengganas ** Pisah-pisahkan kami dari teman-teman dan orang-orang kesayangan kami و إمسحنا من كل كتاب ... وإشتم فينا و قول يا كلاب Padamkanlah kewujudan kami dari realiti ** Makilah kami dan panggillah kami anjing و إحبسنا و إقفل الابواب ... من غير و لا حكم و لا عتاب Kurunglah kami dan kuncilah pintu-pintu ** Tanpa dibicarakan tanpa dikeji sesiapa قوم إقتلني و إشرب دمي .... يتم بنتي و حزن أمي Cepatlah! Bunuh aku dan minum darahku ** Yatimkan anak perempuanku dan sedihkan ibuku إكتم صوتي كمم فمي ... إمحي وجودي و إكسر قلمي Sembunyikan suaraku dan tutuplah mulutku ** Padamkan kewujudanku dan hancurkan pendapatku خلي رصاصك يسكن جسمي ... إقتلني و ارتاح من همي Biarkan pelurumu tinggal di menetap di tubuhku ** Bunuhlah aku dan berehatlah dari kesedihanku لكن حاول تفضل فاكر ... الشاطر يضحك في الآخر Tetapi cuba kau berfikir sejenak ** Orang bijak sentiasa tertawa di penghujung cerita و إوعاك تفهم إنك قادر ... تتخلد في الدنيا يا غادر Jangan sesekali kau fikir yang kau maha berkuasa ** Akan kekal di dunia wahai si pengembara - Suara dari Medan Rabiatul Adawiyah
Posted on: Fri, 02 Aug 2013 22:29:19 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015