Mahasiswa perlu berdikari dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam - TopicsExpress



          

Mahasiswa perlu berdikari dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam menempuh proses pembelajaran di menara gading. Pergantungan mutlak mahasiswa kepada nota dan suapan maklumat para pensyarah semata-mata tidak lagi menjamin kejayaan cemerlang akademik mahasiswa. Justeru, perlunya ada perubahan pendekatan dalam tindak tanduk mahasiswa supaya tidak hanya berjumpa pensyarah untuk menghantar kerja dan tugasan malahan mengambil peluang berjumpa pensyarah untuk bertukar-tukar pandangan dalam membincangkan beberapa isu yang melibatkan soal dasar dan polisi atau melibatkan isu-isu semasa dalam dan luar negara. Selain itu, bahan bacaan mahasiswa perlu menjangkaui ruang lingkup bidang yang dipelajari dan tidak hanya terikat kepada nota-nota kuliah tetapi mahasiswa perlu didedahkan dengan bahan bacaan yang bertemakan falsafah, pemikiran dan karya-karya utama dunia tokoh-tokoh terkenal dunia. Dalam mendepani realiti semasa yang semakin ruwet dan mencabar memerlukan persediaan dan ketahanan yang ampuh dalam kalangan mahasiswa memandangkan terdapat banyak cabaran dan permasalahan semasa yang menyelubungi dunia hari ini. Sebagai contoh, pertembungan aliran pemikiran, krisis identiti, kecelaruan budaya, dan budaya hedonisme yang membarah merupakan cabaran semasa yang perlu ditangani secara hikmah oleh mahasiswa. Justeru, mahasiswa perlu untuk menyiapkan diri dengan mengadunkan elemen idealisme, aktivisme, dan Intelektualisme dalam diri masing-masing. Elemen-elemen ini harus diadun secara seimbang, komprehensif dan bersepadu dalam mendidik dan membangunkan generasi mahasiswa yang diharapkan mampu mewarnai corak kepimpinan negara akan datang. [ Rujuk link di bawah untuk artikel penuh ] bm.harakahdaily.net/index.php/separator-berita-utama/press-unedited/5344-idealisme-aktivisme-dan-intelektualisme-gerakan-mahasiswa
Posted on: Wed, 27 Nov 2013 11:25:55 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015