Masadepan FELDA terus malap.............. Kolej Felda - TopicsExpress



          

Masadepan FELDA terus malap.............. Kolej Felda dibangunkan untuk memberi peluang anak peneroka dalam bidang vokasional. Ia projek dibawah seliaan Yayasan Felda. Tan Sri Isa Samad adalah Pengerusi Yayasan Felda, manakala Dato Faizoull Ahmad adalah salah seorang Ahli Lembaganya. Adalah menghairankan, fokus utama Yayasan Felda terhadap Kebajikan, Latihan&pendidikan dan Kesihatan sejak ditubuhkan pada tahun 1998, dengan visi sebagai peneraju utama pelaksana tanggungjawab sosial; bajet terhadap Kolej Felda sekitar RM16 juta setahun di potong hingga tinggal RM5 Juta sahaja! Beli hotel, apartment, ladang dan berbagai pelaburan bernilai bilion ringgit dibuat dengan cepat, untuk pendidikan anak peneroka yang jumlahnya begitu kecil pun berkira? Projek usahasama pendidikan dengan Universiti Lim Kok Wing memakan belanja berkali ganda jika dibandingkan dengan Kolej Felda dan tidak pernah disemak sejauh mana kejayaannya, kenapa Kolej Felda yang cuma ada di Kelana Jaya, Trolak, Mempaga dan Raja Alias mahu di ganggu? Mana dia pembangunan modal insan yang acapkali di sebut oleh Faizoull Ahmad? Apa gunanya MOU dengan Kolej West Cheshire & Universiti Chester yang di war2 lanjutan daripada Kolej Felda? Perkembangan terkini ini mengingatkan saya pada kertas cadangan penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia yang menyebut secara jelas; Felda akan mengurangkan fokus terhadap pembangunan sosial. Hujahnya, FGVH adalah syarikat senaraian awam yang berteraskan perdagangan. Ia bukan lagi terikat kepada perkhidmatan seperti mula2 ditubuhkanl Saya berpandangan inilah kesan2 yang menjadi malapetaka kepada warga Felda khususnya Anak2 Peneroka yang dahagakan kursus dan latihan kemahiran. Pemotongan bajet terhadap Kolej Felda jika dilaksanakan akan membunuh impian ribuan anak2 peneroka seluruh negara. Saya tidak tahu apa yang bermain dalam fikiran Isa Samad dan Faizoul Ahmad. Saya mengharapkan mesyuarat Lembaga Pengarah Felda minggu depan, bukan memotong bajet untuk Kolej Felda, tetapi peruntukan ditambah sebanyak mungkin. Bukan itu sahaja, perkembangan pendidikan di Felda yang dulunya ada insentif untuk anak2 yang berjaya masuk ke IPTA, peruntukan tuisyen percuma untuk UPSR/ SPM, pembangunan sekolah berasrama penuh Felda, MRSM Felda di Trolak; ditingkatkan pembiayaannya agar lebih ramai yang beroleh manfaat. Saya amat berharap Isa Samad, Faizoull Ahmad dan Ahli Lembaga Pengarah Felda waras dalam membuat perkiraan dan pertimbangan. Jangan lupa sejarah panjang bagaimana Felda dibangunkan. Kesilapan dalam membuat keputusan, kesannya amat dalam... Ada kuasa dan pengaruh, biar berjasa. Hidup dikenang orang, diingati khidmat baktinya sepanjang hayat. Jangan dibariskan sebagai petualang dan pengkhianat terhadap bangsanya sendiri , Nauzubillah.......
Posted on: Fri, 17 Jan 2014 15:11:31 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015