"Megat u ni asik lambat je, apa nak jadi dengan u ni" ujar Cik - TopicsExpress



          

"Megat u ni asik lambat je, apa nak jadi dengan u ni" ujar Cik Jue. Ceritanya bermula begini. Aku merupakan seorang pekerja di sebuah syarikat terkemuka dan kaya yang diberi nama Cemara Holding. Syarikat aku baru mendapat tender 148 billion untuk melaksanakan projek jambatan double layer dari Pahang ke Sarawak. Ini adalah bagi memudahkan perlawanan bola sepak peringkat separuh akhir nanti dimana pasukan hebat dari Pahang bakal menentang Sarawak. Cik Jue marah aku depan orang ramai kerana aku datang lewat. Pada pagi tadi, syarikat kami ada meeting dengan syarikat Chawat Co. Syarikat dari Sarawak Bumi Kenyalang dan syarikat2 kecil yang lain. Meeting pagi tadi merupakan meeting penting dan aku selaku pekerja harapan selama 18 bulan ditugaskan oleh Cik Jue bagi membentangkan bajet dan planning projek ultra mega itu. 5 minit lebih juga aku kena brainwash, selepas itu aku teruskan pembentangan. Meeting berlangsung selama 3 jam dan Alhamdullilah meeting berjalan lancar dan dipersetujui oleh syarikat2 kecil yang lain. Jam menunjukkan pukul 12 tengah hari. Aku yang terasa lapar ingin mengisi perut yang kelaparan lalu aku pergilah menuju ke kedai makan berhampiran. "Tutt tutt" 1 khidmat pesanan ringkas baru saja aku terima. Aku menyeluk poket seluar dan ambil telefon bimbit lalu aku baca. "Baby cowie marah baby tadie, jangan marah k, malam karang kita jumpa ye".
Posted on: Mon, 07 Oct 2013 04:57:50 +0000

Trending Topics




© 2015