Melihat perkembangan situasi di Mesir saya membuka semula buku - TopicsExpress



          

Melihat perkembangan situasi di Mesir saya membuka semula buku "Democracy and Democratization: Processes and Prospects in a Changing World" hasil tulisan Geor Sorensen untuk mendapatkan perspektif sosiologi dan dinamika pergerakan masyarakat.Di dalam bukunya beliau memperkenalkan suatu teori umum bagaimana transisi sesebuah negara daripada orde politik yang bersifat autoritarian kepada sebuah orde demokrasi. Menurutnya dalam transisi yang biasa-terutama bermula era 1975- banyak negara yang menjalani transisi kea arah demokrasi akan melalui sekurang-kurangnya empat fasa(beliau tidak mengehadkan bahawa ianya semesti mengikut susunan) yakni: National Unity-->Prepatory Phase-->Decision Phase-->Consolidation Phase. Menurut beliau,model ini meruntun bahawa masyarakat negara perlulah mencapai suatu kesepakatan tentang siapa mereka berhubung kepada negara dan institusi yang hendak dibina.Mereka mesti faham bahawa mereka adalah salah satu peserta dalam sistem demokrasi dan menerima yang lain juga mempunyai kapaisiti dan hak yang sama.Beliau juga menegaskan bahawa Fasa yang terakhir:Consolidation Phase adlah fasa yang paling sukar dan merupakan tonggak utama kestabilan demokrasi sesebuah negara.Fasa ini adalah fasa menuju kepada "consolidated democracy" yang Sorensen definisikan menggunakan definisi Juan Linz,: "Is One in which none of the major politic actors,parties,or organized interests,forces,or institutions consider that there is any alternative to democratic processes to gain power,and that..(Nobody) has a veto to claim the action of democratically elected decision makers...To put it simply,democracy must be seen as the "only game in town". George Sorensen menambah bahawa fasa terakhir ini bukan sahaja satu "political process" tetapi terkait dengan isu ekonomi dan sosial.Kepincangan dalam dua perkara ini TERUTAMA dalam fasa transisi akan merencatkan proses demokrasi. Suautu perkara yang perlu difahami ialah Sorensen di dalam bukunya membahaskan proses demokrasi yang bersifat "atas-bawah" dan berperingkat di mana si autokrat perlaha-lahan melepaskan kuasa.Berbeza dalam konteks Mesir yang bergerak ke arah demokrasi melalui revolusi maka pembinaan mendadak satu sistem demokrasi,sekiranya mengikut kerangka Sorensen,menyebabkan ketidak aturan dalam pemaham demokrasi oleh masyarakat serta agihan kuassa pada era transisi ini.Maka andai proses atas-bawah lebih besar potensinya ke mecapai objektif demokrasi keran masih ada kuasa yang berpusat pada pemerintah untuk mengawal keadaan,pendekatan revolusi yang berlaku mendadak lebih "cepat" tetapi "tidak stabil". Hal ini kerana soal National Unity,dan pemahaman demokrasi tidak sekata dan tiada kusat tengah yang cukup kuat untuk mengawal deliberatif yang berlaku. Pandangan ini jauh untuk menggambarkan realiti di Mesir.Sorensen sendiri mengakui tiada teori umum yang lengkap kerana jaringan faktor yang terkait antara satu sama lain adalah sangat kompleks.Namun mungkin perkara ini bermanfaat untuk kita melihat corak dinamika masyarakat secara perbandingan dan salah satu dimensi akan suatu perjalanan ke arah demokrasi.
Posted on: Fri, 05 Jul 2013 08:59:16 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015