Memahami Konsep DNA DNA ni bukannya pasal DNA anwar ibrahim, - TopicsExpress



          

Memahami Konsep DNA DNA ni bukannya pasal DNA anwar ibrahim, takpun nak cek DNA nak tentukan anak siapa. Oklah, korang pun tahukan, struktur DNA dalam badan kita, ianya ialah teras, basic unit, dalam sel kita, yang mengkodkan setiap unsur-unsur benda hidup dalam dunia ni, termasuk manusia yang cun ala ala tiz zaqyah. Secara teorinya, permasalahan yang berlaku ketika ini dalam penuaan ada empat < Kerosakan DNA -hahha, siapa pernah tengok cerita Iron Man 3, korang tengok kan orang jahat tu, bila dah tangan kena potong, tetiba ada balik. Secara asasnya, pemulihan DNA, ialah konsep untuk menghidupkan kembali sel dan organ. Tapi tu cerita movie. Yang ni pulak, kerosakan DNA tetap akan berlaku, bila usia kita meningkat. Jadi nak taknak, badan kita ni, semakin lemah. < Perubahan Proses Genetic DNA - pernah baca dulu, dalam satu buku petua awet muda keluaran UTM, salah satu berlakunya penuaan ialah berlakunya penukaran proses DNA, dari proses pembesaran kepada proses pemulihan. Kiranya, pada usia kita meningkat, proses DNA untuk pembesaran berlaku, dan sampai satu tahap , sistem genetic ini bertukar kepada sistem pemulihan DNA, kerana masa ni, sel kita dan banyak rosak, sebab banyak sangat terdedah dengan oksida oksida dan bahan-bahan tercemar di luar sana. < Sel Mitochondria - secara semula jadinya berkurang, menyebabkan kekurangan tenaga untuk sel berfungsi, dan seterusnya membuatkan organ dan tisu anda tidak berfungsi seperti biasa. Hmm kiranya, nak senang faham , kalau sel dah kurang tenaga, tentulah organ kita pun tak boleh buat kerja macam biasa. < Advanced Glycation End Products (AGE Protein) hahaha, yang ni bunyi macam pelik sikit, katanya benda ni macam plug kat gigi, bila dah banyak sangat AGE Protein dihasilkan, fungsi organ kita dah tak berapa betul nak buat kerja, tidak berfungsi dengan baik.
Posted on: Sun, 03 Nov 2013 05:49:34 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015