Mentor bisnes Cina menulis, Kami bangsa Cina tidak kisah miskin - TopicsExpress



          

Mentor bisnes Cina menulis, Kami bangsa Cina tidak kisah miskin pada permulaan perniagaan. Proses bisnes bangsa Cina bermula pada generasi pertama, dan kegembiraan mutlak itu dicapai pada generasi ketiga. Sebagai contoh: 1) Jika dahulu bapanya menjual air tebu di tepi jalan (Generasi pertama), 2) Maka anaknya akan membuka restoran (Generasi kedua). 3) Kemudian cucunya akan mendirikan kilang air dalam kotak dan botol (Generasi ketiga). Mentor bisnes berbangsa Cina menambah, Kita berniaga tidak boleh pandang untung untuk seorang diri. Bisnes yang kita benihkan hari ini, adalah untuk dituai pada generasi-generasi yang seterusnya. ============= Dua Tip Bisnes Untuk Generasi ============= Mentor bisnes berbangsa Cina menggariskan 3 tip bisnes untuk mewujudkan kekayaan berlegasi, ============ #1 - Mula biar kecil. ============ Mulakan apa sahaja bisnes dengan modal duit yang kecil. … Tetapi modal usahanya gergasi. Jika mahu berniaga air tebu, maka mulakan dengan menjual di pasar-pasar malam atau sewaktu dengannya. Bisnes kecil ini fungsinya menuai hasil dengan cepat. Bisnes kecil berikan fast cash, low cost. Duit-duit ini simpan untuk perluaskan empayar bisnes. ============ #2 - Tingkatkan Social Capital ============ Kalau kita tidak pandai besarkan perniagaan, cari orang yang pandai. Prinsip bisnes bangsa Cina adalah networking. Kita minta bantuan daripada orang yang mahir. Dalam kes meluaskan empayar perniagaan, kita berkenal-kenalan dengan individu yang sudah pandai dan berpengalaman. Kemudian kita wujudkan kerjasama seperti profit-sharing dan sewaktu dengannya. Dengan syarat, kita sudah kenal dan tahu hati budi serta ilmunya berbisnes.
Posted on: Mon, 18 Nov 2013 05:28:17 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015