Mohon pencerahan dari sahabat Idris Halim dapat memberi pencerahan - TopicsExpress



          

Mohon pencerahan dari sahabat Idris Halim dapat memberi pencerahan sedikit, dengan isu yang sebelum ini pernah diceritakan kepada aku,,, bukan apa, alih-alih Haji Imran dengan Ngee kho ham yang kena... Kes tanah ladang mara (nadi agro) dijual pada pemaju Setia Awan.... ada sesiapa tahu maklumat lanjut? Kesian kot pekerja/penduduk situ? Dengar cerita, itu tanah rizab melayu...macam mana boleh jual pada pemaju Setia Awan tu ya? Assalamualaikum wbt. Suatu penjelasan amat diperlukan oleh wakil2 rakyat Parlimen Lumut (Laksamana Pertama Bersara Hj Imran Abd Hamid) dan ADUN Sitiawan (Ngeh Koo Ham) bagi kes penjualan tanah Ladang Mara oleh Nadi Agro (skyt milik Dato Seri Mohd Nadzmi) kepada syarikat pemaju Setia Awan pada 5hb Mei 2011, penjualan untuk fasa 1 telah dibuat seluas lebih kurang 1,700 ekar dengan harga lebih kurang RM50,000.00/ekar. Dan syarikat ini telah buat pecah lot dan dibuka untuk jualan kepada orang awam dengan harga RM100,000.00 hingga RM180,000.00 seekar (margin 100-150%). Sehingga kini, penjualan untuk Fasa ke 2 seluas lebih kurang 2,527 ekar dalam proses akhir penjualan kepada syarikat yang sama (Setia Awan). Yang lebih mengecewakan tanah ini adalah berstatus rizab melayu dahulunya. Nasib 55 keluarga melayu yang tinggal di perumahan ladang serta telah lama mencari rezeki di syarikat ini tidak dapat dipastikan lagi. Mungkin campurtangan Perdana Menteri Najib Razak adalah perlu. Oleh: Ayahanda Mie
Posted on: Tue, 01 Oct 2013 06:43:41 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015