Musim haji akan tiba tidak lama lagi. Selepas hampir setahun lalu - TopicsExpress



          

Musim haji akan tiba tidak lama lagi. Selepas hampir setahun lalu mengerjakan haji, saya telah dimaklumkan bahawa kos mengerjakan haji semakin tinggi. Simpanan harus dimulakan dari awal kerana kuota haji tidak semudah dulu. Kebanyakan daripada kita menggunakan khidmat travel agent kerana tahun panggilan haji begitu lama lagi. Saya amat bersyukur kerana eTiQa Takaful Berhad telah bekerjasama dengan Tabung Haji dalam Program Mabrur dimana dengan hanya membuka satu akaun Mabrur sahaja, penyimpan akan mendapat akaun Tabung Haji dan proses pendaftaran haji dilakukan secara automatik tanpa perlu beratur di cawangan-cawangan Tabung Haji. Program ini terbuka kepada bayi seawal 14 hari sehingga umur 60 tahun. Mereka yang telah membuka akaun Tabung Haji juga layak memohon. Di dalam surah Al Hajj Ayat 27 yang bermaksud “Dan SERUKANLAH umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhanmu) dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh” Ayat Al Hajj ini dengan terang meminta ibadah haji ini diSERU kepada umat manusia. Marilah sama-sama kita mengajak umat Islam mengerjakan rukun Islam yang ke 5 ini.
Posted on: Thu, 29 Aug 2013 09:22:35 +0000

Trending Topics



div>

Recently Viewed Topics




© 2015