Nak kongsi cerita ni... Minggu lepas saya ke satu kilang ni untuk - TopicsExpress



          

Nak kongsi cerita ni... Minggu lepas saya ke satu kilang ni untuk deal dgn pembekal kotak..kami buat kotak yang ada partition untuk memastikan dealar mendapat stok dlm keadaan yg baik terutama ke tawau sandakan dan yang jauh terutamanya..tp ni bukanlah crita yg nak disampaikan. Masa call buat appoinment sya sesat jalan (sesat di bumi sendiri) tp pengurus kilang MR THAM pemilik KOTABOX SDN BHD tetap tunggu, sampai di kilang dia yang buka pintu saya masuk..rupanya Mr Tham ni seorang millionaire..lg lah terharu. Beliau bg tau dia terima semua tempahan dr mana peniaga terutamanya peniaga kecil dan yg baru berrmula spt kami..sebabnya kenapa?? Sebab dulu dia pun pernah susah dan bila minta bantuan tak dipandang..jadi dia pesan dan nasihat kpd sya dalam bisnes ingatkan perkara ini ; 1. Untuk berjaya dlm bis kita mesti berani dan sanggup berjuang untuk melompat satu hurdels (pagar) di depan kita. Ramai yang gagal bila tak berjaya lepasi hurdels pertama sbb hurdels yang seterusnya akan jadi lebih mudah. 2. Bila sudah berjaya jadi kaya raya pandanglah ke belakang untuk lihat orang yang perlukan bantuan dan sokongan kita. 3. Dalam bisnes flow cash sgt penting krn yg itu akan mudahkan urusan bis kita. 4. Perubahan/inovasi dlm bis sgt perlu kerana pesaing akan muncul dan meniru produk kita di pasaran bila produk kita sudah terkenal.. Di bawah ni gambar gudang dia ..dulu dia bermula dgn 1 lot premis sekarang sdh jadi gudang. Sampai waktu balik dia skali lagi bukakan pintu dan angkat kotak sample saya pgi kereta..salute lah MR THAM Wahhh dah pandai buat karangan panjang dah ni sbb slalu baca post @anis cmc mentor sya
Posted on: Thu, 07 Nov 2013 12:49:01 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015