OK Group adalah merupakan syarikat pengilang minuman, ubatan - TopicsExpress



          

OK Group adalah merupakan syarikat pengilang minuman, ubatan berasaskan herba dan pemasaran yang beroperasi di Melaka. Bersesuaian dengan perkembangan syarikat, kami mempelawa calon-calon yang berwawasan dan berkelayakan untuk memenuhi jawatan- jawatan berikut: PENGURUS KILANG( 1 KEKOSONGAN ) • Calon lelaki dan mempunyai Ijazah atau Diploma dalam bidang Pengurusan, Perkilangan, Pentadbiran Perniagaan atau setaraf. • Mempunyai pengalaman dan berkemampuan untuk mengurus operasi pengeluaran, kualiti, inventori dan penghantaran terutamanya dalam bidang F&B amat digalakkan untuk memohon. • Berkebolehan untuk mengurus kakitangan dan merancang operasi syarikat dengan baik. • Boleh berkomunikasi dengan baik untuk semua peringkat terutama pelanggan syarikat. • Mempunyai kenderaan sendiri dan bersedia membuat kerja luar apabila diperlukan. EKSEKUTIF OPERASI ( 1 KEKOSONGAN ) • Calon lelaki dan mempunyai Ijazah atau Diploma dalam bidang Pengurusan, Pentadbiran Perniagaan, Perakaunan atau kelayakan setaraf. • Calon mestilah mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang pengurusan, pentadbiran atau kewangan. • Berkebolehan untuk mengurus kakitangan dan merancang operasi syarikat dengan baik. • Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik. • Mempunyai lesen memandu kelas D dan mempunyai kenderaan sendiri. EKSEKUTIF SUMBER MANUSIA ( 1 KEKOSONGAN ) • Calon lelaki atau wanita mempunyai Ijazah Sumber Manusia atau setaraf. • Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun mengendalikan kakitangan, perjawatan, latihan, pembayaran gaji, hal ehwal kebajikan kakitangan, pembentukan carta organisasi, dikripsi tugasan, KPI dan sebagainya yang berkaitan. • Mepunyai pengetahuan berkaitan dengan Akta kerja 1955 dan Perhubungan Perusahaan 1967. • Boleh berkomunikasi dengan baik dengan semua peringkat dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. • Mempunyai kenderaan sendiri dan boleh membuat kerja luar apabila diperlukan. EKSEKUTIF PRODUK ( 1 KEKOSONGAN ) • Calon lelaki dan mempunyai Ijazah/Diploma dalam bidang Pembangunan Perniagaan, Pemasaran atau sebarang kelayakan yang setaraf. • Calon yang mempunyai pengalaman akan diberikan keutamaan. • Boleh bekerja secara berkumpulan dan mempunyai kenderaan sendiri. EKSEKUTIF R&D (1 KEKOSONGAN ) • Calon lelaki dan mempunyai Ijazah dalam bidang Teknologi Makanan/ Sains Biologi atau sebarang kelayakan yang setaraf • Boleh bekerja secara berkumpulan. EKSEKUTIF PEMBANGUNAN PERNIAGAAN - BDU ( 1 KEKOSONGAN ) • Calon lelaki mempunyai Ijazah atau Diploma dalam bidang Pengurusan Perniagaan, Pemasaran atau setaraf. • Mempunyai lesen Kelas D, kenderaan sendiri (kereta) dan boleh membuat kerja luar. • Seorang yang berkeyakinan tinggi dan berkemahiran menggunakan komputer. PEREKA GRAFIK ( 1 KEKOSONGAN ) • Lelaki. Mempunyai Diploma dalam bidang multimedia, grafik atau mana-mana kelayakan yang setaraf. • Seorang yang kreatif dan boleh memberikan idea berdasarkan keadaan semasa. • Boleh bekerja lebih masa dan bekerja dalam kumpulan dan mempunyai kenderaan sendiri. PENYELIA JUALAN -RSS ( MELAKA/KL/ SELANGOR/PAHANG ) • Sekurang-kurangnya SPM dan mempunyai pengalaman membuat kerja-kerja jualan dan mahir dengan lokasi mengikut negeri kekosongan jawatan tersebut • Mempunyai penampilan dan kemahiran komunikasi yang baik. • Mempunyai kenderaan sendiri (kereta) dan boleh mengendalikan komputer. TUKANG KEBUN ( 1 KEKOSONGAN ) • Calon lelaki. Boleh mengendalikan kerja ‘landscapping’. • Sihat tubuh badan dan mempunyai kenderaan sendiri sekurang-kurangnya motor. PEKERJA AM/ CLEANER ( 1 KEKOSONGAN ) • Calon wanita sekurang-kurangnya mempunyai SRP, boleh menulis dan membaca. • Sihat tubuh badan dan biasa dengan kerja-kerja mengemas/ mencuci. Calon yang berminat sila hantar resume lengkap ke alamat di bawah melalui pos atau hadir sendiri ke alamat : Orang Kampung Holdings (M) Sdn. Bhd. No 3 & 5, Jalan Seri Emas 4, Tmn Seri Teluk Mas, 75460 Melaka atau Email : asiahali@orangkampung atau hubungi talian 06-2617081 / 06-2617018(En. Rahmat / Pn. Asiah) untuk sebarang pertanyaan.
Posted on: Fri, 13 Sep 2013 09:00:40 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015