PKM MAHU TANAH MELAYU DIJADIKAN NEGARA ATAU REPUBLIK KOMUNIS Sama - TopicsExpress



          

PKM MAHU TANAH MELAYU DIJADIKAN NEGARA ATAU REPUBLIK KOMUNIS Sama ada suka atau tidak, suatu ketika Parti Komunis Malaya (PKM) mahu Tanah Melayu dijadikan sebagai sebuah Negara atau Republik Komunis Malaya. Oleh kerana kita semua tidak membaca atau menghayati sejarah perjuangan bangsa, maka kita mudah terkeliru dengan dakyah musuh-musuh kita yang sememangnya suka memutar belitkan sejarah. Ada yang mendakwa pejuang Melayu awal menuntut kemerdekaan bukanlah pejuang kemerdekaan sebenar, malah mereka menuduh para pejuang awal sanggup bersekongkol dengan British demi untuk mencapai kemerdekaan negara seterusnya mengikut telunjuk penjajah dalam membentuk sebuah negara bangsa. Lebih teruk dan malang lagi bila mereka mula mengagung-agungkan perjuangan komunis dalam usaha mencapai kemerdekaan negara ini walhal mereka tidak tahu atau sengaja menyembunyikan fakta bahawa yang menubuhkan Pasukan Tentera Anti-Jepun atau MPAJA adalah Komunis PKM. Penubuhan MPAJA juga turut direstui, malah disokong penuh oleh British. halilintar56.blogspot/2013/10/siri-1-pkm-mahu-tanah-melayu-menjadi.html
Posted on: Wed, 02 Oct 2013 04:17:06 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015