POLIS TAHAN TIGA REMAJA TERTIDUR SELEPAS PECAH RUMAH Muar - Tiga - TopicsExpress



          

POLIS TAHAN TIGA REMAJA TERTIDUR SELEPAS PECAH RUMAH Muar - Tiga remaja termasuk dua pelajar sekolah ditahan ketika tertidur setelah penat menyelongkar di rumah yang dipecah masuk di Parit Jawa. Ketiga-tiga remaja berumur 12 hingga 16 tahun itu ditemui tertidur atas katil di rumah itu oleh pemilik rumah yang baru pulang dari pasar pada 12 tengah hari. Pemilik rumah tersebut kemudian menghubungi polis dan ketiga-tiga remaja berkenaan ditahan. Polis turut menahan dua lelaki berusia 20 dan 40 tahun di Taman Orkid di sini pada 4 pagi Jumaat lalu dan merampas motosikal yang ditunggangi mereka yang dilaporkan hilang di Sungai Rambai, Melaka pada 2009. Hasil pemeriksaan, polis menjumpai pelbagai peralatan pecah rumah dari dalam beg hitam yang dibawa oleh mereka. Dengan penahanan kedua-dua lelaki tersebut polis percaya dapat membantu menyelesaikan beberapa kes rompakan di sekitar daerah Muar. - BERNAMA
Posted on: Thu, 01 Aug 2013 10:51:40 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015