PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mendedahkan semua - TopicsExpress



          

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mendedahkan semua nama pertubuhan kongsi gelap kepada masyarakat umum dalam masa terdekat. Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya terpaksa melakukan demikian bagi menunjukkan pihak polis bersungguh membanteras jenayah di negara ini. "Kita akan umumkan pertubuhan haram yang menjalankan aktiviti jenayah melalui media tidak lama lagi. "Pada masa sama, masyarakat juga harus bertindak dengan polis untuk membanteras jenayah, apa yang dilakukan pihak polis bukan sekadar didokong masyarakat semata tetapi perlu turut disertai masyarakat," katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan ahli kongres Amerika Syarikat Eni Faleomavaega, di Putrajaya, sebentar tadi. Sementara itu, seramai 1,911 ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di seluruh negara menerusi Op Cantas pada 23 hingga 25 Ogos lalu termasuk 30 daripadanya ahli kongsi gelap yang terbabit dalam penyalahgunaan dan pengedaran dadah, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia, Datuk Noor Rashid Ibrahim. Beliau berkata, ahli kongsi gelap yang ditahan itu terdiri daripada geng 04, geng 08, geng 555, geng Raj dan Geng 18. Op Cantas berkenaan dijalankan di seluruh negara bermula jam 8 pagi pada 23 Ogos hingga 12 tengahari 25 Ogos lalu. Katanya, dalam op itu pihaknya merampas kira-kira 19 kilogram pelbagai jenis dadah termasuk heroin, syabu, ganja dan erimin 5. "Kita juga merampas sebutir bom tangan dan 20 butir peluru di Pulau Pinang dan 24 butir peluru di Perak," katanya. Kes itu disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Dalam perkembangan lain, beliau berkata statistik bagi tempoh Januari hingga Julai lalu menunjukkan lebih 100,000 orang ditahan termasuk hampir 8,000 orang atau lapan peratus daripadanya terbabit dalam kesalahan pengedaran dadah. Katanya, lebih 92,000 ditahan kerana menyalahgunakan dadah dan lebih 48,000 memasukkan dadah ke dalam badan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa. “Dalam tempoh itu kita merampas dadah yang bernilai RM56.69 juta dadah dan menyerbu sebanyak 22 makmal memproses pelbagai jenis dadah diserbu di sekitar Pulau Pinang, Selangor, Johor dan Kuala Lumpur,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman, di sini, hari ini. Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/26
Posted on: Mon, 26 Aug 2013 18:26:53 +0000

Trending Topics



ss with contentment is grt gain,for we brought nothing
Time to report on week 3 of my ecological challenge :D After a
FAN QUESTION I have a pretty serious question, I have 2 boys
Weider 20Ct Home Gym...Work out in the comfort of your own home
Moses, Republican Texas’ State Board of Education has
Never forget this: God can never let you be on your own, as long
MOB issues Area Forecast Discussion (AFD) 405 FXUS64 KMOB

Recently Viewed Topics




© 2015