Pemandu lori serah diri 16 September 2013 MUADZAM SHAH - Pemandu - TopicsExpress



          

Pemandu lori serah diri 16 September 2013 MUADZAM SHAH - Pemandu lori tangki yang melarikan diri selepas merempuh tiga remaja bermotosikal hingga mati di kilometer 120.5 Jalan Kuantan – Segamat awal pagi kelmarin telah menyerah diri di Balai Polis Muadzam Shah, petang kelmarin. Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Johari Jahaya, berkata, sebelum menyerah diri di Balai Polis Muadzam Shah, pemandu lori yang berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu terbabit telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis (IPD) Jempol. “Pemandu ini telah menyerah diri terlebih dahulu di IPD Jempol dan kemudiannya anggota di sana telah mengarahkannya menyerah diri di Balai Polis Muadzam Shah. “Pemandu lori ini juga menjelaskan sebab dia melarikan diri adalah kerana mendengar ada orang ramai di situ yang mahu memukulnya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian. Johari berkata, ini kali pertama pemandu terbabit melalui jalan tersebut yang dalam perjalanan untuk menuju ke Terengganu. Menurutnya, pemandu itu bagaimanapun dilepaskan semalam selepas siasatan ke atasnya selesai dilakukan. Sinar Harian semalam melaporkan tiga remaja telah maut selepas dirempuh sebuah lori tangki minyak ketika sedang berlumba. Pemandu lori tersebut yang memotong sebuah kereta dan gagal mengelak terus merempuh ketiga mangsa yang maut di tempat kejadian akibat cedera parah. -SH
Posted on: Mon, 16 Sep 2013 03:23:01 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015