Pengalaman Tak Boleh Lupa Setiap tahun, event sekolah yang paling - TopicsExpress



          

Pengalaman Tak Boleh Lupa Setiap tahun, event sekolah yang paling besar adalah Hari Anugerah Gemilang, alah...hari meraikan tradisi orang-orang atasan duduk di tangga atasan pemarkahan tu. Menariknya, seperti biasa pelajar digalakkan untuk mempersembahkan seni sembah mereka di pentas utama. Biasanya, pantomime, teater atau persembahan nasyid. Mencungkil kreativiti gitu. Maknanya, nak korek kecemerlangan dalaman pelajar. Dari dulu sampai sekarang, aku teringin kalau ada yang nak persembahkan lagu-lagu yang unik lagi kreatif seperti ini; SATU - SM Salim dan Zainal Abidin. Dengan instrument muzik yang lengkap. Kalau tak reti guna pun, boleh minta khidmat luar. Muzik Melayu sebenarnya begitu kaya. Sudah dari dulu aku memperkatakannya. Tariannya, wow! Kalau tak nak wanita yang menarikannya, lelaki pun boleh saja melenggokkan. Tapi, itu harapan sajalah. Sebab setiap tahun, yang dipersembahkan hanyalah lagu-lagu semangat, meminjam aura Arab dan menjulang-julang tangan. Mungkin di sekolah, darah-darah muda itu yang dimenafaatkan untuk saluran sebegitu. Walaupun kalau nak dikira, Zapin pun pelonjak semangat, kalau nak dikira lah. Tapi, dengar cerita dah makin warna-warni sekarang. Entah, aku dengar cerita banyak, datangnya ke sana malas. Dari dulu memang aku malas ke situ. Sebut pasal Hari Anugerah Gemilang, aku dah lupa hadiah yang diterima untuk SPM dulu, berbentuk apa. Aku ambil, pusing dan selamba beri tunduk hormat kepada orang di depan yang aku tak tahu pun siapa. Sekadar kalau-kalau ada makcik kantin di situ, dia terharu dengan penghargaan aku. Ya, benar. Makcik kantin banyak bersama kami, terutama ketika aku bosan dalam kelas, beliau akan mencadangkan keropok lekor. Dan, ketika aku berasa mual dengan subjek2, aku boleh bekerjasama dengannya cari port berbaring. Hadiah tu... aku ambil dan sampingkan sahaja di sisi. Mungkin tertinggal di tepi batu besar sebelah tiang gol. Entah.
Posted on: Tue, 27 Aug 2013 08:54:48 +0000

Trending Topics




About Bonsai A bonsai, literally translated to “tree in a

Recently Viewed Topics




© 2015