Peperangan ini dikenali sebagai Perang Yom Kippur iaitu hari - TopicsExpress



          

Peperangan ini dikenali sebagai Perang Yom Kippur iaitu hari kebesaran Yahudi dan dalam bulan kebesaran Islam dikenali sebagai Ramadhan. Ia berlaku dari 10 Ramadhan 1393 bersamaan 6 Oktober hingga 22 Oktober 1973. Konflik Arab-Israel berlaku sejak 1948 selepas negara haram Israel ditubuhkan. Pada Jun 1967 berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Negara Arab lain seperti Saudi, Sudan, Tunisia, Maghribi dan Algeria turut memberi bantuan ketenteraan kepada ketumbukan Mesir. Dalam Perang Enam Hari itu tadi, Israel berjaya menahan asakan bersepadu daripada negara-negara Islam tadi. Mereka malah berjaya menduduki Bukit Golan, Syria dan Semenanjung Sinai di Mesir hingga ke Terusan Suez. Sejurus itu, Israel membina barisan pertahanan di Sinai dan Bukit Golan. Tidak kurang US500 juta diperuntukkan untuk membina kubu yang diperbuat daripada pasir sepanjang 160 km. Kubu yang dipanggil Garisan Bar Lev ini turut disokong dengan dinding konkrit kukuh. Binaannya daripada pasir menyebabkan ia bertahan daripada serangan udara dan kereta kebal Mesir. Ia disifatkan oleh Menteri Pertahanan Israel sebagai kubu anti kereta kebal terbaik di dunia. Presiden Mesir Anwar Sadat baru sahaja menggantikan Jamal Abdul Nasser ketika itu, tahun 1970. Beliau bertekad melawan Israel dan menawan kembali Sinai yang telah ditawan Israel pada 1967. Pada 1972 Anwar Sadat mengumumkan Mesir sedia berperang dan menyediakan sejuta tentera, jet-jet pejuang MiG-23, roket SAM6, RPG-7 dan peluru berpandu anti kereta kebal Sagger. pasukan israel dalam perang yom kippur 1973 101231013859 Tentera Mesir dan Syria menyerang Israel serentak pada hari perayaan Yahudi, Yom Kippur. Mesir menyerang kubu sekitar Terusan Suez dan Sinai sementara Syria menyerang kubu di Bukit Golan. Israel mengalami kerosakan teruk. Walaubagaimanapun, Mesir gagal menembusi kubu pasir Bar Lev walaupun menggunakan teknologi ketenteraan yang canggih. Amerika Syarikat membekalkan senjata kepada Israel selepas tiga minggu peperangan dan mereka berjaya mengundurkan tentera Arab dan merampas kembali Sinai dan Bukit Golan. Pada waktu itu, Ulama Mesir bernama almarhum Syaikh Hafiz Salamah yang juga Imam Masjid Bandar Suez bermimpi kaedah merobohkan kubu Bar Lev. Dalam mimpinya, beliau ditunjukkan cara meruntuhkan kubu itu dengan menggunakan air. Tambahan, kubu itu begitu hampir dengan Terusan Suez yang menjadi laluan kapal besar. Ilham ini dipraktikkan apabila Mesir menggunakan meriam air yang biasa digunakan dalam kerja-kerja perlombongan. Selain itu, Mesir turut menggunakan pam gasolin yang lebih kecil dan ringan. Mereka mendapatkan 300 pam buatan British dan 150 pam buatan Jerman. Akhirnya Mesir berjaya meruntuhkan kubu pasir berkenaan dalam tempoh kurang dua jam. Israel menerima tamparan hebat yang tidak diduga oleh mereka. Tentera Mesir terus menyerbu masuk dan menembusi kubu ini disamping bantuan tentera udara menggunakan 250 jet pejuang MiG-21, MiG-19 dan MiG-17. Pasukan jurutera Mesir juga berperanan membuka laluan kubu pasir Bar Lev. Serangan demi serangan menyebabkan pertahanan Israel menjadi lumpuh. Akhirnya, Sinai berjaya dirampas semula. sumber : perubatan.org/v3/cetusan/150-global/2267-perang-6-oktober-badar-kedua
Posted on: Fri, 19 Jul 2013 11:20:01 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015