Perbetulkan Rumah Tangga Sendiri Sebelum Campuri Urusan Orang lain - TopicsExpress



          

Perbetulkan Rumah Tangga Sendiri Sebelum Campuri Urusan Orang lain – Megat Firdouz: KUALA LUMPUR, 13 Sept – Kepimpinan Pakatan Pembangkang diminta membetulkan perlaksanaan dan amalan demokrasi di dalam parti masing-masing terlebih dulu sebelum mahu mencampuri urusan persidangan dan pemilihan UMNO yang kini sedang berlangsung, demikian kata Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid. Beliau yang juga Timbalan Ketua Bahagian UMNO Subang menasihati kepimpinan Pembangkang bahawa mereka perlulah melihat keadaan ‘rumahtangga’ parti masing-masing terlebih dulu sebelum memberikan komen negatif terhadap pemilihan UMNO dengan menggambarkan seolah-olah tidak ada demokrasi di dalam UMNO. “UMNO merupakan parti yang sentiasa melaksanakan amalan demokrasi secara telus dan sentiasa berubah dari masa ke semasa untuk memastikan kaedah pemilihan parti lebih telus dan relevan dengan masa “Buktinya apabila kepimpinan UMNO bersetuju untuk mengubah kaedah sistem pemilihan terbaru UMNO seperti yang kita lihat hari ini, yang mana dengan kaedah terbaru ini, ia tidak menyekat mana-mana ahli untuk bertanding dengan syarat yang minimum, termasuklah untuk jawatan tertinggi di dalam UMNO,” katanya kepada UMNO-Online di sini hari ini. Ini menurut beliau lagi, amat berbeza sekali dengan kaedah pemilihan di dalam parti-parti pembangkang terutamanya PKR dan DAP di mana pelbagai kontroversi dan pertelagahan timbul semasa berlansungnya pemilihan parti-parti tersebut. “Di mana nilai demokrasi dan ketelusan apabila di dalam satu-satu parti, anak beranak dan kroni menguasai jawatan-jawatan tertinggi di dalam parti? Contohnya PKR, di mana Wan Azizah menjadi Presiden, anaknya Nurul Izzah menjadi Naib Presiden manakala suaminya menjadi Ketua Umum PKR, yang mana jawatan Ketua Umum itu tidak pertandingkan. “Begitu juga kita lihat di dalam DAP yang dikuasai oleh dua dinasti iaitu dinasti Karpal dan Dinasti Lim. Mereka tidak dapat menafikan bahawa dua keluarga dinasti di dalam DAP ini telah mendominasikan jawatan-jawatan tertingi di dalam parti. “Ini diperkukuhkan lagi apabila pemilihan CEC DAP baru-baru ini telah mencetuskan kontroversi yang menggugat imej parti tersebut yang konon-kononnya telus dan berintergriti, apabila lebih 700 perwakilan DAP telah dinafikan hak mereka untuk mengundi, sehingga ROS terpaksa meminta DAP untuk melakukan pemilihan semula,”ujarnya. Senario di atas menurut beliau merupakan satu perbandingan antara perlaksanaan pemilihan parti yang berdasarkan amalan demokrasi dan ketelusan yang amat ketara perbezaannya di antara UMNO dan parti-parti pembangkang, apabila dibangkitkan soal ketelusan dan demokrasi di dalam pemilihan parti. “Di dalam UMNO, jawatan Presiden dan Naib Presiden juga dipertandingkan. Begitu juga dengan jawatan ketua-ketua sayap. Ini memperlihatkan bahawa amalan demokrasi amat subur di dalam UMNO dalam menghadapi pemilihan kepimpinan parti baik diperingkat cawangan, bahagian mahupun pusat. “Ada pihak pembangkang mendakwa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan maka itu tidak benar. Jawatan tersebut dipertandingkan cuma ahli UMNO secara sebulat suara bersetuju agar jawatan tersebut tidak dicabar dan keputusan tersebut juga tidak dipengaruhi oleh sesiapa atau mana-mana individu di dalam parti,” katanya lagi. -MediaUMNO dlvr.it/3yRDwH
Posted on: Fri, 13 Sep 2013 12:29:26 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015