Perlukah kumpulan hooligans dalam Liga Malaysia? Apa itu - TopicsExpress



          

Perlukah kumpulan hooligans dalam Liga Malaysia? Apa itu Hooligans? Hooligans adalah gelaran yang diberikan kepada penyokong fanatik sebuah pasukan bolasepak. Mereka juga sering terlibat dalam pergaduhan, melakukan provokasi melampau dengan menunjukkan jari tengah kepada penyokong lawan serta Vandalisma. Budaya ini menjadi biasa di Eropah tetapi wajarkah budaya ini dibawa masuk ke dalam bolasepak Malaysia? Semangat kesukanan dicampak keluar, diisi penuh dengan emosi kebencian, semangat kenegerian melampau sehingga menular kepada pergaduhan yang lebih teruk. Apakah budaya ini yang kita mahu? Kumpulan hooligans biasanya menggunakan nama casual atau firms. Di Malaysia, ultras bukan hooligans kerana budaya hooligans ini tak sesuai dengan budaya orang Malaysia yang lebih mementingkan adab ketimuran. Kumpulan hooligans ini biasanya memakai sweater hitam, bertopeng serta berpurdah. Mereka juga mempunyai logo, dan lambang yang agak ganas. Kebanyakan ahlinya botak, berambut punk serta ada yang rambut berwarna. Kumpulan hooligans biasanya mempunyai rekod pergaduhan di mana-mana tempat yang mereka pergi. Sebelum Ultras Malaya ditubuhkan, kajian dilakukan terlebih dahulu untuk sesuaikan dengan budaya orang Malaysia. Ultras Malaya BUKAN hooligans. Ultras Malaya ialah mentaliti. Mentaliti yang dikongsi oleh segenap masyarakat di Malaysia. Masyarakat yang sayang dan cintakan bolasepak Malaysia. Liga M kini sedang meningkat naik. Bukan sahaja diminati oleh kaum lelaki, tetapi kaum wanita kini sudah ramai yang masuk ke stadium, tak ketinggalan juga kanak-kanak. Kesimpulannya, budaya hooligans amat tidak sesuai dengan budaya bolasepak negara kita.
Posted on: Sun, 09 Feb 2014 07:22:17 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015