Rooney terus dikait-kaitkan dengan Paris Saint- Germain, Real - TopicsExpress



          

Rooney terus dikait-kaitkan dengan Paris Saint- Germain, Real Madrid, dan bahkan Chelsea. Namun sebelum meninggalkan Theatre of Dreams, Rooney sebaiknya melihat ke belakang. Sejumlah pemain pemain MU merasa menyesal setelah hengkang di antaranya Andy Cole. Apakah Rooney juga akan seperti mereka? Berikut ini pemain yang menyesal setelah meninggalkan MU. 1. Andy Cole Cole keluar dari Old Trafford untuk menyertai dengan Blackburn tahun 2001.pemain yang pernah jadi pemain handalan United memutuskan pergi setelah tempatnya mulai diambil alih oleh penyerang Belanda, Ruud van Nistelrooy. “Saya menyesal memilih keluar,” ujar Cole. “Andai saya tidak keras kepala, saya pasti masih di sana. Saya tidak bermain secara tetap tetapi keluar adalah keputusan yang salah. Waktu itu saya baru saja menandatangani kontrak baru, dan mempunyai hubungan yang hebat dengan pengurus. Seharusnya saya tetap di sana.” 2. Gabriel Heinze Pertahanan asal Argentina ini meninggalkan MU setelah salah faham dengan Sir Alex Ferguson.Salah faham tersebut adalah kerana kedatangan Patrice Evra di musim 2005/2006. Merasa kesal kerana kedudukannya tergugut, Heinze meminta pihak MU menjualnya ke Liverpool. “Saya tidak mempunyai banyak penyesalan di dunia bola sepak saya, tapi saya sangat menyesal pergi dari Manchester United. 3. Henrik Larsson Penyerang asal Sweden yang telah bersara ini pernah mengatakan bahawa “satu-satunya penyesalan dirinya adalah menolak tawaran Sir Alex Ferguson agar ia melanjutkan kontrak pinjaman untuk tiga bulan ke depan dari Helsingborgs pada tahun 2007. “Satu-satunya penyesalan dalam kerjaya saya adalah memilih pulang ke Sweden ketika Mr Ferguson memujuk saya untuk tetap bersama Manchester United,” 4. David Beckham Selepas meninggalkan Old Trafford pada tahun 2003, Beckham perlukan empat musim untuk meraih trofi bersama Real Madrid. Ia kemudian meninggalkan Madrid untuk bermain di Amerika Syarikat bersama LA Galaxy. Namun sebagus apapun prestasinya di Real, Galaxy, Milan dan PSG, Becks tak pernah secemerlang saat dia bermain untuk Red Devils. “Sebenarnya saya ingin terus bersama Manchester United sepanjang kerjaya saya dan tak pergi ke kelab manapun. Tapi takdir berkata lain,” ujar Beckham awal 2010 lalu. Pemergian Beckham dari MU dikatakan kerana perseteruannya dengan Pengurus Sir Alex Ferguson.ketika itu dikatakan Fergie membaling kasut ke kepala Beckham dan itu dikatakan sebagai fakta yang memaksa Becks pergi 5. Roy Keane Kapten MU ini secara mengejut meninggalkan Old Trafford bulan November 2005. Perselisihan dengan Ferguson rupanya memaksa dirinya pergi. Keane pun lantas menyertai kelab Scotland, Celtic. Namun kurang dari setahun kemudian, ia memutuskan untuk bersara. “Pada hari saya meninggalkan United seharusnya saya berhenti bermain(bersara), 6. Jaap Stam Defender asal Belanda ini dijual ke Lazio seharga 16.5 juta pound pada tahun 2001 setelah buku autobiografinya menyinggung perasaan Ferguson. Fergie kemudian mengakui bahawa menjual Stam adalah keputusan yang salah. Stam sendiri melewati masa keemasannya ketika bersama MU. Ia adalah salah satu pemain MU yang meraih treble winners pada 1999. “Saya tidak menyimpan dendam. Tapi MU tahu bahawa mereka melakukan kesalahan telah menjual saya. Bermain di MU adalah kenangan paling bahagia bagi saya,” 7. Nicky Butt Pernah dipuji oleh Pele sebagai pemain terbaik England di Piala Dunia 2002, Butt meninggalkan Old Trafford dua tahun kemudian untuk menyertai dengan Newcastle. Namun selepas pergi pemain tengah ini tak pernah tampil memukau lagi,Ia kemudian dipinjamkan ke Birmingham dan menyertai dengan kelab South China di Hong Kong. Namun Butt mengaku sangat senang akhirnya boleh kembali ke United sebagai kakitangan jurulatih reserves dan kini ura- ura mengatakan bahawa ia akan jadi staff untuk pasukan senior bersama pengurus baru David Moyes. 8. Dwight Yorke kerjaya penyerang ini terus merosot sejak meninggalkan Old Trafford pada tahun 2002.Ketika menyertai Blackburn, ia langsung terlibat pertengkaraan dengan pengurus Graeme Souness. York lantas pindah ke Birmingham, Sydney FC dan Sunderland. 9. Kieran Richardson Pemain sayap kiri ini sempat diramal menjadi pemain dengan kerjaya cemerlang. Namun sejak meninggalkan United untuk menyertai dengan Sunderland tahun 2007, kerjaya Richardson terus merudum. Kini bersama Fulham dan di Fulham sukar untuk dirinya bermain sebagai pemain utama. 10. Cristiano Ronaldo Pemain ini yang dibeli Manchester United pada tahun 2003 dari Sporting Lisbon telah mengecapi pelbagai kejuaraan bersama United sehingga berjaya meraih pemain terbaik Dunia pada tahun 2008,namun ia memutuskan untuk pergi dari United untuk berpindah ke Madrid pada tahun 2009. “Jika Anda bertanya kepada saya adakah saya ingin pulang ke Manchester, maka jawapan saya adalah ya. kerana ada banyak kenangan disana. saya hanya dapat meraih gelaran Liga Champions bersama Unted dan saya tidak mengetahui sama ada kami (Madrid) mampu atau tidak memperolehi gelaran itu musim ini’.“gelaran saya di United jelas lebih baik jika dibandingkan di Madrid yang hanya memperolehi 3 gelaran selama saya disini dan itu tidak seperti 3 musim awal saya di United yang langsung meraih 5 gelaran sekaligus” ujar Ronaldo.(kenyataan ini sebelum semifinal UCL). " ,Jangan Lupa Tinggalkan Jejak Usai Membaca Gan. " Follow → @EgiCeska_07
Posted on: Thu, 15 Aug 2013 14:29:16 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015