SAYA MAHU JADI TELEVISYEN (tajuk ini ditiru tapi dalam versi - TopicsExpress



          

SAYA MAHU JADI TELEVISYEN (tajuk ini ditiru tapi dalam versi lain) Seorang hamba Allah mengadap televisyen. Ketika itu siaran berita ke udara. Pelbagai berita disampaikan (dibaca) oleh penyampai yang kelihatan hanya tahu membaca teks berita. Fikirannya terus menerawang seketika... "Kalaulah aku menjadi televisyen aku akan menyampaikan maklumat yang 100% tepat dari sumber, tidak akan memotong mana-mana bahagian yang sepatutnya aku sebarkan secara betul dan beretika. "Aku tidak akan mendedah dan mengaibkan seseorang berdasar kepada maklumat spekulasi dan andaian semata-mata. "Berita dari rangkaian agensi berita dunia seperti BBC, Bernama, Al Jazeera dan seumpamnya aku tapis dan teliti sewajarnya sebelum ia disiarkan. "Apatah lagi sumber yang datang daripada pihak yang punya hubungan dan kepentingan dengan entiti haram Israel laknatullah. "Aku akan menyampaikan jumlah yang sebenar, bukannya memutarbelit angka demi kepentingan pihak tertentu. "Aku tetap akan menyiarkan berita-berita kebaikan biarpun ia bersumber daripada pihak pembangkang kerana aku yakin mereka juga melakukan program dan agenda untuk rakyat. "Walaupun aku sebuah televisyen aku tahu hukum hakam, fitnah, dusta dan dosa. "Aku tahu bahawa pelembagaan, akta, undang-undang, peraturan dan etika kewartawanan tidak membenarkan aku memutarbelitakan kenyataan sesiapa sahaja. "Aku tidak rela untuk mempertahan dan membela sebuah kerajaan yang korup dan menyusahkan rakyat. "Aku tidak akan menyiarkan wawancara pakar-pakar ekonomi, penganalisis politik yang kerjanya mengampu, mengampu dan mengampu." ..................................................................................................................... Hamba Allah tadi tersentak bila azan kedengaran dari masjid berhampiran. Sambil memicit off alat kawalan jauh televisyen dia bekata "Oh! Setakat ini aku hanya mampu mengelamun SAYA MAHU JADI TELEVISYEN!"
Posted on: Thu, 05 Sep 2013 07:47:50 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015