[SUPPLEMENT] Folat atau folasin, asid folik termasuk dalam salah - TopicsExpress



          

[SUPPLEMENT] Folat atau folasin, asid folik termasuk dalam salah satu kumpulan vitamin B. Ia penting semasa kehamilan kerana ia merupakan salah satu daripada beberapa nutrien yang diketahui boleh mengelakkan kecacatan kelahiran tiub neural seperti spina bifida. Badan anda juga memerlukannya untuk menghasilkan sel-sel darah merah serta norepinefrin dan serotonin (komponen kimia dalam sistem saraf anda). Ia membantu menghasilkan DNA (bahan genetik badan) yang mengnormalkan fungsi-fungsi otak dan merupakan satu komponan penting dalam cecair saraf tunjang. Pakar mengesyorkan setiap wanita yang merancang untuk hamil atau dalam 12 minggu pertama kehamilan supaya mengambil 400 mikrogram asid folik sebagai makanan tambahan.
Posted on: Fri, 26 Jul 2013 08:00:00 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015