Sambungan bicara #r4peace: Apakah solusi terbaik buat rakyat - TopicsExpress



          

Sambungan bicara #r4peace: Apakah solusi terbaik buat rakyat Syria? Alhamdulillah setelah seharian berada di bumi Syam yg penuh barakah ada beberapa perkara yang wajar kita menjawabnya. Rakayat Syria perlukan solusi konkrit dan bukan omong kosong atau seminar atau mendengar drama US atau lakonan Iran laknatullah..(setelah tiba sekali lagi di bumimSyam), panggilan ini wajar dipopularkan! Dulu raa malu nak sebut tapi setelah melihat khemah pelarian di jalan masuk dari Turki ke Syria, hati dan fikiran manusia normal pasti merasakannya! Apakah mereka minta jadi begini? Anak kecil berkeliaran tanpa pendidikan yg jelas. Remaja yg hidup tak keruan. Orang dewasa tungganglanggang mencari pekerjaan yg layak utk menghidupi keluarga, orang tua yang menunggu saat utk pindah ke alam kubur dgn sangat dhoif, dan ada sebahagian yangnterpaksa menjadi pelarian di Turki, Lebanon dan Jordan! Solusi yg paling tepat ialah Basyar Assad berundur dan menyerahkan kuasa ke tangan rakyat Syria tanpa menaruh dendam kesumat. Menurut rakyat Syria, Basyar tidak akan mahu selagi dia masih hidup. Dia hidup sebab adanya sokongan dari Iran! HIZBULLAH! Rusia DAN China (secara terbuka di media). Israel, US dan beberapa negara ARAB yg masih berharap dgn pemerintahan diktator. Jadi apa solusinya? Hari ini saja 12 orang mati dibom di Jobar, Damascus. Akhirnya mahu tidak mahu, mereka sendiri yg harus bangkit menentang regim Basyar! Apakah masih ada dalil dari kaum sesat larat di Malaysia ini yg kononnya rakyat wajibntaat kpd pemerintah yg zalim..? Sdr ku, saya bukan ahli syariah dari Madinah atau dari mana, tapi cukuplah Allah jadikan kita hati dan aqal untuk merasakannya! Hujah dari kaum sesat ini bukan saja telah merosakkan faham Addin secra kaffah bahkan ianya telah menimbulkan fitnah di beberapa negara Muslim di dunia ini. Apatah lagi jika faham ini melarat masuk ke bumi Syam yg penuh barakah ini. Ayuh sdr kita lakukan desakan aman dari seluruh dian untuk SYRIA DAN MESIR! Kempen #r4peace dari Istanbul ke sempadan Syria sdg difikirkan! Dannkita desak kerajaan Malaysia untuk mengambil tindakan kemanusiaan terhadap Syria dan Mesir. Janganlah hanya jadi hero peace untuk Palestin saja! Islam adalah rahmatan lil alamin.! Kasihanilah anak-anak Syria yg menantikan sokongan dari kita khasnya Malaysia dan Indonesia..!
Posted on: Wed, 11 Sep 2013 01:09:32 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015