Samsung ATIV Book 9, Ringan Laju Samsung mengumumkan komputer - TopicsExpress



          

Samsung ATIV Book 9, Ringan Laju Samsung mengumumkan komputer riba teringan keluaran syarikat itu, Samsung ATIV Book 9 Lite kini boleh didapati di Malaysia. Ia dibina dengan bahan atau material ringan serta dioptimumkan dengan kuasa 128GB Solid State Drive (SSD) yang membolehkan masa mula segera kurang dari 8 saat dan aktif dari mod tidur lebih kurang 2 saat. Terdapat dua varian yang boleh dipilih iaitu versi ‘non-touch’ dengan berat 1.44kg dan versi sentuh 1.58kg. Selain penggunaan bateri 8 jam sekali cas, komputer riba ini juga dikatakan beroperasi dengan lebih senyap dan sejuk. Dari segi warna, Marble White disediakan untuk versi bukan sentuhan dan Mineral Ash Black untuk versi sentuh. ATIV Book 9 juga dilengkapi pemproses Quad Core untuk menjalankan keperluan pengkomputeran tinggi dan skrin LED 13.3 inci anti pantulan yang menawarkan paparan jelas pada resolusi 1366x768. Komputer riba ini juga boleh diserasikan dengan peranti Samsung lain secara wayarles atau menerusi kabel USB, untuk pengguna membuat selarasan aplikasi dengan mudah, juga pemindahan media. Harga jualan yang diberitahu, masing-masing RM1,999 dan RM2,399 - mpc
Posted on: Sat, 05 Oct 2013 04:58:39 +0000

Trending Topics



http://www.topicsexpress.com/Work-done-is-just-about-done-and-I-guess-its-time-to-say-the-topic-10202952351305884">Work done is just about done and I guess its time to say the
Ethics of School Administration (Professional Ethics) Available
Here are more wrong Catflap guesses: Darts going into a dartboard
Dear You! I wanna take the time to wish you a Merry Christmas
Does it ever blow your mind, that God gave us everything we needed
At what exact point, then should one resist the communists? ...
SELLING >> MSi GX660 ( i5 GAMING LAPTOP/ L.E ) Intel Core
NUESTRO AGRADECIMIENTO AL PROFESOR NELSON PILOSOF QUIEN

Recently Viewed Topics




© 2015