Sasar negara bebas jenayah Kerajaan akan memastikan pindaan Akta - TopicsExpress



          

Sasar negara bebas jenayah Kerajaan akan memastikan pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 dapat membuatkan rakyat berasa terselamat daripada ancaman jenayah. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata bagi tujuan itu kerajaan akan melaksanakan tanggungjawab dengan komitmen yang bersungguh-sungguh. “Apa yang hendak kita utamakan ialah keselamatan negara dan memastikan negara bebas daripada jenayah,” katanya pada sidang media selepas mengakhiri lawatan kerja seminggu ke San Francisco dan New York, di sini, semalam. Najib menjelaskan, akta itu diperlukan untuk mencegah jenayah terancang yang dilakukan penjenayah, bukan terhadap ahli politik yang mempunyai pendirian dan ideologi politik. Beliau juga menolak andaian akta itu menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan. “Bukan berbalik kepada ISA dan peruntukan undang-undang ISA itu begitu luas. Mengikut ISA pihak berkuasa diberi kuasa menahan seseorang tanpa proses mah-kamah dan kuasa itu diberikan kepada polis dan Menteri Dalam Negeri. Keputusan hakim “PCA pula lebih khusus untuk memerangi jenayah terancang dan ia membabitkan keputusan hakim. “Jika polis menahan sesiapa, ia terpaksa dibentangkan kepada pihak hakim untuk meyakinkan hakim bahawa pihak-pihak tertentu perlu ditahan. “Kita akan pastikan tidak ada penganiayaan kepada sesiapa dan sudah tentu ia tidak membabitkan ahli politik yang percaya kepada apa juga pendirian dan ideologi politik,” katanya. Najib juga berkata, semua pihak perlu sedar pihak yang terbabit dalam jenayah terancang melakukan jenayah secara terbuka sehingga menimbulkan ketakutan rakyat. Tindakan tegas Kata Perdana Menteri, jika kerajaan tidak bertindak tegas, lebih ramai akan menjadi mangsa dan tahap ketakutan pula akan berada pada paras lebih tinggi. Mengenai dakwaan bahawa SUHAKAM tidak dirujuk mengenai PCA, Najib berkata: “Tidak bermakna kita harus mendapatkan nasihat semua pihak terbabit, tapi mereka bebas memberi pandangan.” - BH
Posted on: Tue, 01 Oct 2013 06:33:32 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015