[Sekadar Perkongsian] Hikmah Bersedekah : Dua Ganda Lebih Dari - TopicsExpress



          

[Sekadar Perkongsian] Hikmah Bersedekah : Dua Ganda Lebih Dari Nilainya “Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Allah SWT atas nikmat yang diberi” Ucapan syukur terungkap tatkala rezeki yang tidak diduga datang dari arah yang tidak disangka-sangka.. Kisahnya bermula begini.. Sejak pagi lagi, niat di hati nak jenguk outlet di Kedai Makan Lan Tabur sebab sudah dua hari letak Anis Choc Moist Cake kat situ. Dengan berbekalkan tujuh bekas kek, aku berfikiran positif bahawa lima bekas kek yang telah aku letakkan di kedai tersebut habis terjual. Alhamdulillah, jangkaanku tepat sekali. Dengan senang hatinya aku meletakkan lima bekas kek lagi di kedai tersebut. Dan aku niatkan dalam hati agar kek-kek tersebut laris. Setibanya aku di hadapan Masjid AnNur, aku berhenti seketika lalu memikirkan sejenak tentang satu perkara. Hatiku bermonolog: “Kenapalah aku letak lima bekas kek saja kat kedai tadi.. Kan ada dua bekas lagi.. Aku nak letak kat mana ne?“ Sedang aku memikirkan perkara itu, seorang pak guard pondok pengawal IPDA menyapaku. Lalu, aku meluangkan sedikit masa untuk bersembang dengannya. Dia ada menceritakan mengenai kematian seorang pekebun yang bekerja di IPDA yang baru saja meninggal Jumaat lepas.. Innalillahi wa innaillaihi roji’un.. Sama2 kita doakan semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..Al-Fatihah.. Seusai itu, aku bermonolog lagi: “Aku tau dah nak buat apa kat kek ni..” Lantas, aku berikan kek tersebut kepada pak guard tersebut dengan niat sedekah. Dipendekkan cerita, pagi itu aku dan sebahagian rakan-rakan ACMC-Jitra dah sepakat untuk melaksanakan misi menawan hotel-hotel di sekitar alor setar. Kami telah membahagi-bahagikan hotel untuk memilih siapa yang akan membuat “deal” dengan hotel tersebut. Alhamdulillah Team Syabab Niaga (dengan bantuan Kak @Sobriah dan Kak @Eja) diberi kepercayaan untuk berurusan dengan Grand Crystal Hotel. Di sana, kami telah bertemu dengan Marketing Manager iaitu Cik Akma. Kehadiran kami disambut dengan baik sekali. Kami diajak berbincang di bilik mesyuarat berkenaan agenda yang ingin kami sampaikan. Setelah menjelaskan tujuan kedatangan kami iaitu untuk mempromosikan kek anis pada masa yang sama mempromosikan hotel tersebut, Cik Akma meminta izin untuk berbincang dengan pengurus hotel tersebut. Selang beberapa minit kemudian, Cik Akma datang dan memberikan respon positif terhadap pelawaan kami, memandangkan hotel mereka sedang dalam proses “renovation” dan ingin mencari kek untuk dijual di tempat tersebut. Alhamdulillah, kehadiran kami tepat pada masanya. Dia juga ada menyebut bahawa jika produk ini laris di hotel tersebut, pihak hotel akan cuba untuk mempromosikannya di cawangan-cawangan hotel yang lain, malah di peringkat oversea sekalipun seperti di Australia dan New Zealand. Tiada ungkapan lain yang meniti di bibir melainkan ucapan syukur Alhamdulillah. Sebelum meninggalkan hotel, Cik Akma berpesan agar beberapa perkara perlu dilakukan untuk membolehkan kek anis mendapat tempat di situ. Dengan wajah yang ceria dan bersemangat kami beredar dan mengucapkan terima kasih kepada Cik Akma atas kerjasama yang beliau berikan. Berkat sedekah, doa daripada rakan-rakan ACMC-Jitra (Kak @Hafizah Din, Kak @Naim & Kak @Ieta)dan dengan bantuan khususnya daripada Kak @Sobria, Kak @Eja, abg @Walid dan rakan-rakan yang lain (@Asyandi), Grand Crystal Hotel BERJAYA ditawan akhirnya. [Doakan segala urusan dipermudahkan..Semoga orang yang mendoakan akan kembali kepadanya malah lebih baik lagi..Allahumma amiin.. =) ] Sama-sama kita renungkan hadis Riwayat At-Tirmidzi ini: “Tidak akan pernah berkurang harta yang disedekahkan kecuali ia bertambah, bertambah, bertambah.” Wallahu’alam.. =) 23 November 2013 (Sabtu) 15:10pm
Posted on: Sat, 23 Nov 2013 18:50:01 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015