Semalam tonton drama tajuk JALUR kat TV3 jam 10pm. Teringat zaman - TopicsExpress



          

Semalam tonton drama tajuk JALUR kat TV3 jam 10pm. Teringat zaman aq kechik2 dulu especially bab mandi sungai. dan aq juga ada kawan dari berbagai bangsa. Selain Melayu kawan aq yg agak sebaya antaranya: 1. Kumar. 2. Balu 3. Ah Fatt 4. Ah Meng 5. Chee 6. Ah Yong 7. Guldip 8. Kuldeep Bila petang main bola kat padang sekolah berdekatan rumah aq lagi ramai yg senior2: 1. Ah Fatt 2. Rajah 3. George 4. Christy 5. Boss 6. Ramai lagi lah yg aq sendiri dah terlupa nama mereka. Memang majmuk, muhibbah dan harmoni giler. Bukan setakat mereka aje yg aq kenal, malah ibubapa mereka. Rumah mereka macam rumah aq. Bila musim perayaan aq sambut semua perayaan dgn bertandang ke rumah mereka. Tapi sekarang ini semua itu sudah tidak kelihatan di mata pandangan mata aq. Zaman anak2 sudah tidak lagi begitu..... Rindu sungguh saat itu......Selemat Hari merdeka buat semua teman2ku tanpa mengira kaum dan agama.
Posted on: Sun, 01 Sep 2013 04:46:42 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015