Sistem ekonomi kapitalisme, sumber pendapatan utama bagi sesebuah - TopicsExpress



          

Sistem ekonomi kapitalisme, sumber pendapatan utama bagi sesebuah negara adalah cukai . Cukai ini dipelbagaikan bentuk dan namanya seperti cukai langsung, cukai tak langsung, TOL, duti eksport, duti import dan lain-lain lagi. Pendek kata, semua pendapatan bagi negara kapitalis termasuklah Malaysia, daripada A hingga Z adalah cukai semata-mata. Rakyat daripada yang sekecil-kecilnya sehinggalah ke dewasa akan pasti dijerat dan diikat dengan bebanan daripada pelbagai jenis dan bentuk cukai. Apakah pemerintah yang berkuasa pada saat ini termasuk juga para alim ulama yang berada di sekeliling pemerintah tidak pernah mendengar peringatan keras daripada Rasulullah SAW berkenaan ancaman terhadap pengutipan cukai? Sabda Rasulullah SAW, “Orang yang memungut cukai tidak akan masuk syurga.” [HR Ahmad, Abu Dawud dan Al-Hakim] Dalam riwayat yang lain, “Sesungguhnya pemungut cukai itu berada dalam neraka” [HR Ahmad]. “Sekiranya kamu menjumpai pemungut ’usyur (cukai yang dipungut di sempadan antara negara Islam dan negara kufur), maka bunuhlah dia” [Musnad Imam Ahmad bin Hambal].
Posted on: Fri, 19 Jul 2013 05:03:51 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015