Syndrom Lek Ar Buat apa mau susah susah kerja. Kita muda lagi - TopicsExpress



          

Syndrom Lek Ar Buat apa mau susah susah kerja. Kita muda lagi kata mereka. Lepak kerja kat 7 E pun ok per. Dapat gaji, tolak apa yang patut, cukup duit nak Fai Motor kasi power, best apa hidup. Lek Ar Boss boss dia orang semua cilaker, bodoh, cakap banyak tapi hampas. Dia orang jer yang pandai. Boss kuat bebel, kita cari ar kerja lain. Kerja berlambak apa susah. Lek Ar bro. Siapa rajin kerja bodoh. Tak akan habis nyer kerja tu. Buat la sampai mampus pun, gaji banyak tu juga. Korang nak bodek bodek boss pe hal lak ? Lek Ar bro. Kecoh ar, main FB pun tak leh. Bodoh punya syarikat. Cari kerja lain ar camni. Cam sial jer kerja kat sini. Lek Ar, besok ponteng ah. Nyampah. Ek eleee.. nak sound sound lak. Macam la lu bagus sangat. Takat supervisor pakai kapchai nak kepoh. Lambat 20 minit pun tak jejas ar kerja. Gi mampus ar.. Tempat member aku tu berlambak kerja kosong. Lek arrr.. Apa barang memalam dok umah. Tak kan nak jadi cam Samad Said baca buku tulis puisi memalam. Tak pasal ar.. Lepak dataran lagi best. Makan kuaci dengar lagu kacau aweks. Lek ar.. Manager aku bangang betul ar. Ler Ar.. tukar tukar polisi lak. Ingat kita orang lembu ker nak kena hantar surat hari hari. Despatch kat lain lepak jer.. tak cam kat sini. Wak Lu ar mangkuk punya manager. Apa punya bangang kena buat overtime lak. Ko nak bukak kedai lambat ko punya pasal ar. Apa lak nak paksa paksa staff buat overtime. Ingat khadam bapak ko ker. Lek ar.. bukan kaya pun kalau bukak kedai tambah masa. Sampai bila nak Lek Lek bro ? Sampai bila nak jaga kaunter 7 E, nak hidang kopi kat Starbuck nak hantar pizza ngan motor ? Cuba kumpul duit bukak gerai burger atau jual goreng pisang. Wa yakin lu dah tak lek lek lagi. Wa yakin 10 tahun lagi lu boleh ada 20 gerai burger. Lek ar bro.. EP
Posted on: Thu, 05 Sep 2013 13:21:39 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015