TAHUKAH ANDA: Sejak tahun 2008, kanak-kanak dari kaum IBAN dan - TopicsExpress



          

TAHUKAH ANDA: Sejak tahun 2008, kanak-kanak dari kaum IBAN dan BIDAYUH, telah diklasifikasikan sebagai KETURUNAN SEA DAYAK bagi IBAN dan LAND DAYAK bagi BIDAYUH. Cuba anda perhatikan di SIJIL KELAHIRAN anak anda selepas 2008 dimana tertulis IBAN @ SEA DAYAK dan sebelum 2008 dimana tertulis IBAN sahaja. Kerajaan telah mengklasifikasikan kaum SEA DAYAK terdiri dari suku Kendayan, Keninjal, Malayic dayak, Urak Lawoi, Balau, Iban, Mualang, Remun, Seberuang dan Sebuyau. Manakala klasifikasi kaum LAND DAYAK terdiri dari suku Benyadu, Sanggau, Bakati, Bakati Rara, Bakati Sara, Bidayuh Biatah, Bidayuh Tringgus Sembaan, Bidayuh Bau, Bidayuh Bukar Sadong, Jangkang, Kembayan, Ribun dan Semadang. Bagi kaum Kajang, Berawan, Kayan-kenyah, Kelabit-Dayuh, Rejang dan Murut masih lagi belum sepakat untuk menentukan istilah sama ada menggunakan istilah RURAL DAYAK atau UPPER DAYAK. Tetapi kerajaan memberi kebebasan kepada kaum ORANG ULU dari untuk menggunakan format nama NAMA SENDIRI kemudian NAMA KELUARGA seperti yang digunapakai oleh KADAZANDUSUN (cth: ALBERT BONNY) atau NAMA SENDIRI, kemudian ANAK, kemudian NAMA KELUARGA (cth: ALBERT ANAK BONNY) seperti yang digunapakai oleh IBAN/BIDAYUH.
Posted on: Wed, 26 Jun 2013 08:03:07 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015