TAK PERLU TERLALU CARI KAWAN, TEKNIK JEMPUT PERSAHABATAN 1. Apa - TopicsExpress



          

TAK PERLU TERLALU CARI KAWAN, TEKNIK JEMPUT PERSAHABATAN 1. Apa persamaan kita dengan orang lain? Mudah, masing2 ada harga diri, kebanggaan, dan sikap mempertahankan diri sendiri. Lihatlah di mana2 sahaja, di sekeliling kita atau pada diri kita. Kita akan temui perkara ini. 2. Sakit hati atau sentiasa rasa tak puas hati dengan orang lain menunjukkan sikap insan yang biasa. Insan luar biasa? Memecahkan EGO atau ROADBLOCK dalam diri, untuk tidak mencerca dan membahagiakan orang lain. 3. Kebahagiaan itu akan muncul, setelah kita faham magic hubungan kemanusiaan itu datang dari mana. Mudah saja. 4. Jangan menjolok sarang lebah, jika anda ingin mengambil madunya. Jangan mengkritik, menghukum atau merungut. 5. Sikap suka mengkritik itu sia-sia saja kerana seseorang akan bersikap defensif (mempertahankan diri) dan biasanya akan berusaha membenarkan dirinya sahaja. 6. Dan sikap suka mengkritik itu berbahaya kerana akan merosakkan rasa kebanggaan seseorang yang amat berharga, melukai perasaanya sebagai seorang yang penting dan menambahkan rasa rendah diri. 7. Kritik? Tidak! Guna cara yang ini. Contoh cara yang baik. Juruenjin telah membahayakan nyawa Bob Hoover, seorang pemandu pesawat penguji yang terpaksa mendarat secara kecemasan. ... pesawat tadi mengalami kerosakan. Kesalahan juruenjin: mengisi pesawat yang sangat mahal itu dengan bahan pembakar jet, bukan dengan gasolin. Kesan: Kemusnahan pesawat yang sangat mahal dan hampir meragut nyawa tiga orang. "Air mata juruenjin berlinangan kerana kekesalan yang amat." Tindakan hoover: memluk lelaki itu dan berkata: "Semoga kamu tidak melakukan kesalahan seperti itu lagi, tolong periksakan pesawat F-15 saya esok." 8. Itu lebih banyak memberi manfaat dan lebih menarik daripada membuat kritikan, sikap itu menimbulkan simpati, toleransi dan kebaikan. "Mengetahui semuanya akan memanfaatkan semuanya."
Posted on: Mon, 15 Jul 2013 14:20:34 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015