TAQLID, TALFIQ, ...TAK LEH.(MENJAWAB PERSOALAN ANTI-HADIS DAN - TopicsExpress



          

TAQLID, TALFIQ, ...TAK LEH.(MENJAWAB PERSOALAN ANTI-HADIS DAN ANTI-MAZHAB!) taqlid ertinya mengikuti. wajib bagi setiap mukalaf baik lelaki mahupun perempuan,yang bukan AHLI dalam bidang ijtihad syariat, bertaqlid kepada salah seorang di antara imam besar yang masyhur, iaitu: imam hanbali r.a imam maliki r.a imam syafii r.a imam hanafi r.a dalil quran: 1- maka tanyalah ahli ilmu, kalau kamu tidak tahu. an-nahl ayat 43 2- hai orang2 yang beriman! turutlah ALLAH dan turutlah rasul dan ulil amri daripada kamu. an-nisa ayat 59 3- tidak sepatutnya orang2 yang beriman itu berangkat semuanya. mengapa tidak berangkat satu golongan dari tiap2 golongan itu mempelajari perkara agama, supaya mereka dapat memberikan peringaatan kepada kaumnya apabila telah kembali kepada mereka. mudah2an mereka dapat berhati2. at-taubah ayat 122 4- dan orang2 yang terdahulu, yang mula2, iaitu orang2 muhajirin dan ansar dan orang2 yang mengikut mereka dengan baik. ALLAH suka kepada mereka dan mereka suka kepada-NYA. IA sediakan bagi mereka syurga yang dibawahnya mengalir beberapa sungai, kekal dalam syurga itu selama2nya. at-taubah ayat 100 dalil hadis: 1- ikutlah dua orang sesudahku, iaitu abu bakar dan umar riwayat imam tirmizi dan ibnu majah 2- sahabatku seperti bintang, siapa saja yang kamu ikuti maka kamu telah mendapat hidayat riwayat imam baihaqi 3- bintang memberi cahaya bagi langit dan sahabat2ku memberi cahaya bagi umatku. riwayat imam muslim 4- ulama2 itu mewarisi para anbia. riwayat imam abu daud 5- dari muaz bin jabal r.a, bahawasanya rasulullah saw pada ketika mengutusnya ke yaman bertanya kepadanya: bagaimana caranya engkau memutuskan perkara yang dibawa ke hadapanmu? saya akan memutuskannya menurut yang termaktub dalam kitabullah jawab muaz. rasulullah saw bertanya lagi:kalau engkau tak menemukan hal itu dalam kitabullah, bagaimana? saya akan memutuskannya menurut sunnah rasul. jawab muaz rasulullah saw bertanya lagi:kalau engkau tak menemukan hal itu dalam sunnah rasul, bagaimana? pada ketika itu saya akan berijtihad tanpa bimbang(ragu2) sedikit pun! jawab muaz mendengar jawapan itu rasulullah saw meletakkan tangannya ke dada muaz dan berkata: segala puji bagi ALLAH yang telah memberi taufiq utusan rasulullah, sehingga menyenangkan hati rasul-NYA. riwayat imam tirmizi dan imam abu daud. talfiq ertinya mencampur aduk yang berbahaya. atau dengan kata lain ialah taqlid kepada 2 imam dalam 1 ibadat. contohnya: seseorang berwudhu solat, kemudian dia tersentuh wanita. selanjutnya dia luka dan mengalir dari lukanya dan terus solat. sesudah solat ditanyakan kepadanya kenapa dia solat saja setelah tersentuh wanita walhal dalam mazhab syafii batal wudhu kalau bersentuh wanita bukan mahram? dijawabnya bahawa dia bertaqlid kepada mazhab hanafi yang mengatakan tidak batal wudhu kalau bersentuhan wanita bukan mahram. manakala diberitahukan bahawa solatnya tidak sah kerana darah lukanya sudah mengalir dari badannya membatalkan wudhu menurut mazhab hanafi, dia menjawab bahawa dalam hal itu dia bertaqlid kepada imam syafii yang berpendapat tidak batal wudhu dengan darah luka yang mengalir dari badan. kalau ditanyakan kepada mazhab hanafi solat orang tidak sah kerana wudhunya batal dengan mengalirnya darah dari badannya, dan menurut mazhab syafii juga tidak sah solat orang itu kerana wudhunya batal menyentuh wanita bukan mahram. kedua mazhab tidak mengakui sahnya solat orang itu. itulah yang dinamakan talfiq, tidak diakui oleh kedua imam yang bersangkutan. -tak boleh...kalau anda bukan ahli mujtahid ilmu syariat, tak mahu bertaqlid kepada salah satu imam mazhab yang 4 tersebut. -tak boleh...bertaqlid buta tanpa memahami/mengetahui dalil yang sahih. -tak boleh...mengistibat (mengali) hukum tanpa menggunakan hadis! -tak boleh...merekacipta mazhab baharu yang mencampur aduk semua mengikut sesuka hati kepala hotak kau! guna hukum yang ringan2 je, hukum yang berat2 tak kena selera terus tak mahu gunapakai. paham ke tak paham ni? jangan buat2 paham..terlalu berbahaya tika mengenderai jasad melalui highway kehidupan dunia. terbabas masuk gaung...sendiri cari nahas la.
Posted on: Wed, 05 Mar 2014 05:28:27 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015