THE CAP AYAM STORIES - TopicsExpress



          

THE CAP AYAM STORIES Frust? Kecewa? Depress? .. dah rasa nak mati dah? Life ni pada mulanya smooth jer sampailah suatu masa gelombang ni melanda dalam hidup kita. Jatuh tersembam. Rasa macam dah nak mampus, rasa takde nilai.. Ups and downs are part of life dan nothing we can do to change it. Things that we desire the most are not given to us and what we get is not what we desire.. cewah. Tak ada salahnya kalau kita gagal, orang kata kegagalan itu mengajar aku jadi semakin matang. Tengok sekeling, tengok ayam ka, itik ka, burung ka.. menatang tu pun sama jugak macam kita, cuma dia orang tak gi sekolah jer. Hari-hari cari makanan sebab nak teruskan hidup, ada masa dia orang menatang tu dapat makanan dan ada kalanya fail jugak.. tetapi kalau menatang tu start berfikir inilah process kehidupan yang tidak akan mendatangkan makanan, maka mereka juga akan mampuss.. Seandainya kita jatuh tersemban, ingatlah hanya ada satu jalan untuk kita, bangun semula. Rilex bro it’s not the end of the world.. Aku pernah terbaca satu cerita lah, entah betul entah tidak. Wallahuaklam. Ada seorang lelaki ni cuba dalam business. Dia bukak business ini, tapi akhirnya dia fail, buat business baru fail juga, buat lagi business lain, fail juga.. at last dia menulis sebuah buku, tajuknya “Kenapa saya gagal”. Gezzzz bukunya mendapat sambutan yang tinggi dan akhirnya dia jadi millionaire.. hmmm.. macamana andainya dia stop berfikir untuk terus bangun.. . Tak kira lah apa saja bala atau malapetaka yang datang, bangun la semula. Gagal dalam kerja ke, business ke, frust dalam rumahtangga ke, frust dalam bercinta ke.. Ppppffffff…!! Frust dalam bercinta tak kemananya lah.. bangun lah cari yang lain. Bukan dia jer yang ada, ramai lagi yang hensem yang cantik yang baik budi pekerti. Harap muka je cantik, perangai macam sundal buat apa. Baik lah cari muka macam muka macam tak siap tapi mempunyai akhlak yang baik. Jangan la duk percaya sangat pada kerlipan neon tu.. kosong bro.. kosong dan hampeh.. cap ayam dan kelabu asap. Kalau nak cari gf ka, calun laki bini ka, atau kekasih gelap sekali pun, alang-alang cari biar puas hati.. kalau yang menyusahkan jiwa, penipu, jenis kikis duit ni suruh dia pergi mampus lah.. . Well, yes aku sakit. Tapi aku OK, tak kisah punya. Ubat ada. Kan ku repair sayap-sayap yang patah ini, align semula, kasi balancing sikit, pasang side mirror err dulu takde side mirror pasal tu aku tak perasan.. he he he .. study semula buat homework kenapa aku terjatuh sedangkan aku boleh elak batu yang dilastik kan pada aku. Aku tak salahkan penjahat kabaret tu, aku pun buat salah, aku pun kadang-kadang mengarut, kadang-kadang hanyut, kadang-kadang aku ex nak mampus.. kan ku lihat kebelakang fikir dan fikir semula apa yang dah aku lakukan.. tak pa.. dan tau takpa. Terima kasih kerana melastik aku, aku tahu ada hikmahnya..
Posted on: Mon, 22 Jul 2013 08:58:41 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015