TIADA KERJA UNTUK DOKTOR SISWAZAH TAHUN DEPAN Saya bukan - TopicsExpress



          

TIADA KERJA UNTUK DOKTOR SISWAZAH TAHUN DEPAN Saya bukan menentang langkah kerajaan dalam menguruskan negara. Cuma minta kerajaan lebih berfikiran jauh memikirkan langkah yang perlu diambil bila berlakunya suatu masalah. Satu ketika dulu, dikatakan bilangan doktor tidak mencukupi, maka banyaklah kolej dan fakulti perubatan dibuka di universiti tempatan dan ramai dihantar belajar di luar negara. Kemudian kebanjiran pelajar-pelajar perubatan, sehingga ramai doktor siswazah yang tidak dapat disuperviseddengan sempurna. Lepas ini kerajaan terpaksa memikirkan tentang masa depan pelajar-pelajar yang sedang berada di fakulti perubatan. Ini semua disebabkan langkah terburu-buru membuka banyak kolej dan fakulti perubatan atas nasihat penasihat yang berpandangan sempit. Masalah pengangguran di kalangan pelajar jururawat belum selesai, kini pelajar perubatan pula. Panggillah MMA dan NGO yang berkaitan untuk mendapatkan pandangan ikhlas. Bukan mendengar nasihat-nasihat yang ada kepentingan. nst.my/nation/general/no-jobs-for-medical-grads-next-year-1.396549
Posted on: Sun, 10 Nov 2013 02:56:25 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015