TIPS PERSEDIAAN SEBELUM MELANCONG 1.Pastikan bawa semua ubat - TopicsExpress



          

TIPS PERSEDIAAN SEBELUM MELANCONG 1.Pastikan bawa semua ubat yang anda perlukan, sekurang-kurangnya Panadol atau ubat tahan muntah atau ubat sakit perut. Kadang-kadang perjalanan darat di sesebuah tempat mengambil masa berjam-jam kerana jarak atau kerana jalan yang kecil. Malaysia bertuah sebab hampir kesemua tempat ada HIGHWAY. Kalau perut anda sensitif, anda mungkin mengalami cirit-birit kerana makan makanan tempatan. Saya dan suami pernah kena beberapa kali di Bali. Walhal, kami hanya makan di restoran atau hotel. 2.Bawa duit lebih dan simpan di tempat lain selain dari dompet. Kalau dompet anda tercicir, atau kena curi anda masih ada duit nak makan dan urusdiri. 3.Fotostat passport dan simpan di beg lain atau beri kepada rakan anda. Ia penting untuk keselamatan dan jika berlaku kehilangan passport atau kecelakaan. 4.Gulung baju anda di dalam beg untuk mengelakkan renyuk dan jimat ruang. 5.Anda masih boleh bergaya semasa melancong. Pastikan anda tahu tudung, baju dan seluar/skirt yang boleh MIX & MATCH. 6.Bawa beg plastik. KENAPA? Anda boleh masukkan baju yang dah kotor dalam plastik dan asingkan baju yang bersih jika menggunakan beg yang sama. Cara lain, bawa beg lipat yang boleh dimasukkan ke dalam beg utama dan anda boleh guna beg ini untuk mengisi baju kotor. Beg lipat ini juga untuk letakkan barang-barang yang anda beli, kan? ;)Kalau tak terpaksalah keluar duit untuk beli beg untuk isi oleh-oleh dan barangan yang anda beli. 7.Beli dan pakai kasut yang selesa untuk berjalan. Anda akan menyesal jika tidak memakai kasut yang selesa. Percaya lah cakap saya. 8.Bawa baju lebih dan barang-barang penjagaan diri di beg sandang, selain dari beg utama. Rakan saya pernah kehilangan beg utama di lapangan terbang Yogyakarta depan depan mata ya sebab kena PUKAU. Hah! Terpaksalah membeli keperluan diri serba satu. 9.Pastikan anda telah aktifkan debit kad anda untuk digunakan di luar Negara. Kalau bawa kad kredit, pastikan ia masih boleh digunakan. 10.Pastikan anda bawa CHARGER dan ADAPTER ya..penting tu 11.Sudah tentu anda kena bawa kamera. Rugi kalau tak bawa kamera, tak kiralah besar atau kecil. Jangan asyik ambil gambar sendiri sehingga lupa nak rakam persekitaran. Nanti dah balik menyesal tak sudah. Hihihihi 12.Persiapan fizikal dan mental. Pastikan yang ditinggalkan BERES. Tak kiralah kerja di ofis atau di rumah. Tak seronoklah kalau masa cuti asyik fikirkan bebanan kerja yang belum siapkan.. Setakat ini perkongsian saya melalui pengalaman saya dan rakan-rakan. Kalau perkara yang ditulis ni anda dah tahu, takpe. Saya pasti ramai lagi yang nak tahu KAN??? ADA lagi tau. Akan saya coretkan lagi pada masa akan datang. 1001kisahkembara.blogspot/
Posted on: Sat, 19 Oct 2013 17:53:36 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015