The traffic jam situation in my constituency, especially at Kuchai - TopicsExpress



          

The traffic jam situation in my constituency, especially at Kuchai Entrepreneurs Park and Salak South Garden area made many residents and me mad. In this Parliament sitting, I got this reply from the government on this issue. It looks like another tai chi from Ministry of FT: SOALAN NO:279 PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA PERTANYAAN: BUKAN LISAN DARIPADA: PUAN TERESA KOK SUH SIM [SEPUTEH] RUJUKAN: BL6 [PR-1322-T61625] SOALAN: Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUATUAN menyatakan senarai secara khusus langkah-langkah penaikan taraf jalan raya yang telah diluluskan oleh pihak Kementerian di Kuala Lumpur. Apakah perancangan penambahbaikan lalu-lintas di kawasan Taman Salak Selatan dan Kuchai Entrepreneur Park memandangkan DBKL telah meluluskan banyak projek densiti tinggi di sekitar tempat ini. Tan Sri Yang di-Pertua, Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Seputeh, bagi menambahbaik keadaan lalulintas di Taman Salak Selatan dan Kuchai Entrepreneurs Park, tindakan dari sudut pengurusan lalulintas akan dilaksanakan antaranya adalah pemasangan lampu isyarat, penyelerasan masa lampu isyarat antara persimpangan dan mengubahsuai beberapa persimpangan mengikut kewajaran. Walau bagaimanapun beberapa persimpangan adalah melibatkan lebuhraya dan ia memerlukan rundingan dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sebelum sebarang tindakan diambil. Satu langkah yang difikirkan berkesan adalah dengan meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam di kawasan ini. DBKL akan merundingkan perkara ini kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) berkaitan tindakan yang boleh dilaksanakan bagi tujuan meningkatkan pengunaan pengangkutan awam di kawasan ini. Antara langkah yang boleh dilaksanakan adalah dengan menyediakan bas-bas perantara (feeder bus) dan kawasan perumahan ke stesen Light Rail Transit (LRT) yang berhampiran.
Posted on: Wed, 18 Jun 2014 10:55:07 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015