Tips bagi mengelakkan peningkatan berat badan berlebihan semasa - TopicsExpress



          

Tips bagi mengelakkan peningkatan berat badan berlebihan semasa hamil 1.Jangan makan untuk dua orang Anda tidak perlu menggandakan kalori makanan. Elakkan makanan yang kaya dengan lemak tepu. Sama juga dengan makanan ringan yang kaya dengan sodium dan lemak. Garam menakung air yang akan menambah lebih banyak berat badan. 2.Makan secara sihat Ambil makanan yang kaya dengan vitamin, kalsium, asid folik, besi mineral penting lain. Minum 8 hingga 12 gelas air sehari. Elakkan minuman berperisa dan soda kerana ia hanya menambah kalori dan bukannya nutrien yang sepatutnya. 3.Sediakan makanan sendiri Itulah yang sebaik-baiknya. Masak makanan dengan cara membakar dan memanggang. Elakkan daripada menggoreng kerana ia menambah lemak pada makanan. Jika perlu menggoreng, gunakan minyak zaitun. 4.Lakukan senaman khas untuk kehamilan Senaman ketika hamil memang digalakkan. Ia mampu memejalkan susuk tubuh, memperbaiki postur dan menguatkan otot pelvik tanpa memudaratkan bayi. Untuk itu, senaman melibatkan aktiviti berjalan dan berenang amat digalakkan. 5.Makan suplemen Suplemen membantu anda melengkapkan nutrien pemakanan yang kurang dalam menu seharian. Namun, dapatkan nasihat doctor untuk mengambil apa-apa suplemen sewaktu hamil bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. ** Like & Share ..:) Dijemput Like Pages Nurin Supplement : https://facebook/pages/Nurin-Supplement/195129363968924?ref=hl
Posted on: Thu, 18 Jul 2013 04:11:21 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015